Angkat Jiwa Malaysia! Ini Antara 5 Hal Yang Menarik Dalam Filem TERBANG

1 day ago 16

Kalau anda sedang mencari filem tempatan yang bukan sekadar ada aksi tetapi turut menyuntik rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, TERBANG mungkin boleh jadi pilihan.

Filem terbitan Astro Shaw ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September 2026, membawa kisah pasukan rali Malaysia yang diketuai legenda sukan permotoran, Karamjit Singh.

Apa yang menarik? TERBANG bukan hanya tentang siapa paling laju di trek. Ada emosi, konflik dan semangat untuk bangkit semula. Jadi, kenapa filem ini patut masuk dalam watchlist anda?

1. Aksi Rali Yang Boleh Buat Anda ‘Feel’ Dalam Kereta

TERBANG

Bayangkan berada di dalam kereta rali yang sedang memecut, membelok tajam dan mengejar masa. TERBANG cuba memberikan pengalaman sebegitu melalui koreografi aksi, teknik penggambaran berkelajuan tinggi, reka bentuk bunyi dan visual yang lebih realistik.

Lebih menarik, filem ini turut dipersembahkan dalam format 4DX, lengkap dengan kerusi bergerak serta kesan seperti angin dan air.

2. Kisah Anak Malaysia Yang Tak Mudah Mengalah

TERBANG membawa mesej yang cukup dekat dengan kita, apabila orang ramai bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan, sesuatu yang nampak mustahil boleh dicapai.

Daripada trek tempatan sehingga pentas dunia, perjalanan pasukan ini pastinya mengingatkan kita bahawa kejayaan bukan datang daripada seorang individu sahaja.

3. Bukan Aksi Semata-Mata, Ada Cerita & Emosi

TERBANG

Watak Ajeet meninggalkan dunia rali selepas berdepan konflik peribadi. Namun lima tahun kemudian, dia kembali ke trek dan perlu berdepan dengan pelbagai cabaran.

Hubungan Ajeet bersama Lisa, Kitt, Rahim, Imran dan pasukannya menjadikan filem ini lebih daripada sekadar perlumbaan.

4. Barisan Pelakon Memang ‘Solid’

TERBANG menampilkan gabungan pelakon daripada pelbagai generasi termasuk Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Qasrina Karim dan Ruminah Sidek.

Gabungan ini menjadikan kisah pasukan rali tersebut lebih pelbagai dan dekat dengan penonton.

5. Skala Produksi Tempatan Yang Boleh Dibanggakan

 TERBANG

Dengan penggambaran di Kuala Lumpur, Selangor, Perlis dan New Zealand, TERBANG membawa visual yang lebih besar sambil kekal berakar pada cerita Malaysia.

Jadi, kalau anda mahu tengok sejauh mana filem tempatan boleh pergi dari segi aksi, visual dan penceritaan, inilah masanya untuk beri sokongan.

Ditambah pula dengan lagu tema ‘Menyala’ nyanyian Amir Masdi, TERBANG nampaknya bersedia membawa penonton ke trek yang penuh adrenalin.

TERBANG mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 17 September 2026.

Jadi, anda dah bersedia nak rasa sendiri pengalaman perlumbaan rali dari kerusi pawagam?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0

The post Angkat Jiwa Malaysia! Ini Antara 5 Hal Yang Menarik Dalam Filem TERBANG appeared first on Murai MY.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |