Razzi Razak Luah Rasa Sedih Selepas Bercerai- “Sakit Terpaksa Melepaskan…”

1 hour ago 3

Personaliti media sosial, Razzi Razak kembali mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran di platform Threads. Menerusi hantarannya itu, Razzi meluahkan rasa sedihnya selepas bercerai dengan pelakon Norreen Iman baru-baru ini.

Dalam hantarannya itu, Razzi atau nama penuhnya Mohd Razzi Abdul Razak, menulis,

“Walaupun sakit terpaksa dilepaskan. Hidup mesti diteruskan. Sukar jumpa pengganti baik seperti dia (Norreen). Selamat malam!”

Luahan hati Razzi itu sedikit sebanyak telah mengundang perhatian ramai warganet. Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memahami apa yang dilalui oleh Razzi. Bukan itu sahaja, ada juga yang meluahkan rasa sebak mereka dan memberi sokongan kepada bekas suami Norreen itu.

“Saya percaya kamu berdua akan bersama di masa hadapan InsyaAllah. Tadi kat kursus kahwin, Ustaz cakap kalau lelaki minta rujuk ia akan menjadi sah tanpa persetujuan bekas isteri. Ada rezeki Razzi dan Norreen di masa hadapan boleh bersama balik. Cuma dengan misi dan visi perkahwinan yang lebih jelas InsyaAllah.”

“Saya dapat rasakan korang berdua akan kembali bersatu sebagai suami dan isteri semula walaupun perlu melalui akad nikah. Tak nampak korang boleh dengan orang lain.”

“Saya percaya kamu berdua boleh bersama kembali kerana saya yakin takde jodoh sebaik Norreen untuk awak. InsyaAllah semua doakan yang terbaik untuk awak dan Akak Noreen.”

Untuk rekod, Razzi Razak dan Norreen Iman secara rasmi bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 21 Mei 2026.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

4

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |