Nak Sambut ‘Hari Malaysia’ Depan TV? Ini 3 Program Khas RTM TV2 Pada 16 September

3 hours ago 4

Semangat menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos mungkin sudah berlalu, tetapi aura cintakan Malaysia tidak sepatutnya berhenti di situ.

Daripada Putrajaya pada 31 Ogos hingga sambutan Hari Malaysia di Kuching pada 16 September, semangat patriotisme terus menjadi antara elemen penting dalam menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Jadi, apa kata kita sambung semangat tersebut menerusi pilihan program khas yang disediakan Radio Televisyen Malaysia (RTM)?

Sebagai penyiar awam, RTM terus memainkan peranan menyampaikan maklumat, hiburan dan kandungan yang dekat dengan masyarakat, termasuk menerusi program-program bertemakan perpaduan dan kecintaan kepada negara.

3 Program Khas RTM TV2 Pada 16 September

Sempena Hari Malaysia, TV2 bakal mengisi jadual siaran pada 16 September dengan tiga program khas yang boleh ditonton bersama keluarga.

10.00 pagi – Telemovie ‘Budak Dikir’

Mengangkat kisah kehidupan pelajar di sebuah sekolah asrama penuh, telemovie ini berkisar tentang Ti Shan yang sering diejek kerana kurang fasih berbahasa Melayu.

Konfliknya bersama Haidar kemudian membawa mereka menyertai pertandingan dikir barat. Mampukah mereka mengetepikan perselisihan demi nama baik sekolah?

Antara pelakon yang membintangi telemovie ini ialah Armand Ezra, Ryan Lim Xing, Theran Gabriel, Jolin Sau, Ammar Titan dan Nad Suhaimi.

3.00 petang – Filem ‘Dharti’

Bagi penggemar filem klasik, ‘Dharti’ pula mengisahkan Bharat, seorang pejuang muda yang berdepan dilema antara semangat patriotisme dan tanggungjawab terhadap keluarganya ketika menentang kezaliman.

Filem ini menampilkan Rajendra Kumar, Waheeda Rehman dan pelakon legenda Malaysia, Sivaji Ganesan.

9.00 malam – ‘Busking Negaraku Malaysia’

Malam anda pula boleh diisi dengan persembahan muzik jalanan menerusi program terbitan RTM Sabah ini.

Amir Masdi, Elica Paujin, Rey Kimara serta Dhania & NBUC Buskers bakal menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan menerusi muzik.

Pendek kata, 16 September ini bukan sekadar cuti umum. Ada cerita, muzik dan hiburan yang boleh dinikmati bersama sambil kita menghayati makna sebuah Malaysia.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |