Akaun Threads Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil menjawab dakwaan tular di media sosial yang mendakwa individu dikenali sebagai Azlan The Proton-Type pernah ditolak bantuan zakat hanya kerana memiliki tubuh badan yang sasa.
Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Zakat Selangor, dakwaan tersebut disifatkan sebagai mengelirukan kerana tidak menggambarkan keseluruhan cerita sebenar.
“Kalau tengok penuh, bukan zakat tak bagi langsung. Azlan sendiri dah nyatakan masa mula-mula mohon kena tolak, kemudian buat rayuan dan akhirnya menerima bantuan sewa rumah selama tiga bulan,” jelas Zakat Selangor.
LZS turut merujuk kepada minit ke-16:30 dalam rakaman berkenaan yang menunjukkan Azlan sendiri mengakui menerima bantuan selepas proses rayuan dibuat.

Pada masa sama, pihak berkenaan menegaskan kenyataan mengenai “badan berketul” yang menjadi punca permohonan ditolak hanyalah gurauan yang dilontarkan hos program dan bukannya pengakuan Azlan mengenai sebab sebenar permohonannya tidak diluluskan pada peringkat awal.
“Tahu nak buat engagement, tapi biar kena cara,” katanya.
Sebelum ini, seorang pengguna Threads mendakwa Azlan Prototype pernah ke pejabat zakat selepas gagal membayar sewa rumah selama empat bulan, namun permohonannya dikatakan ditolak kerana penampilannya yang dianggap terlalu ‘sado’ dan tidak mencerminkan seseorang yang berada dalam kesusahan.
Malah, hantaran itu turut mendakwa Azlan ketika itu sedang menanggung hutang RM150,000 selepas menjadi mangsa penipuan sehingga mengalami kerugian hampir RM500,000.
Bagaimanapun, Zakat Selangor menegaskan naratif yang menggambarkan seolah-olah pihaknya langsung tidak membantu atas alasan fizikal adalah tidak tepat dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Pihak berkenaan menegaskan bahawa Azlan telah menerima bantuan selepas rayuan dibuat, sekali gus menyangkal dakwaan bahawa permohonannya ditolak semata-mata kerana memiliki tubuh badan yang sasa.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

2 hours ago
6


![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)





































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)










