Siapa yang tidak kenal dengan Dato Ramli Ms atau lebih mesra dengan panggilan Tokram, yang merupakan orang kuat di dalam industri muzik tanah air. Tokram dilahirkan di Singapura pada 17 November 1958 kemudian beliau menukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989.
Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi, namun pengalamannya dalam bidang muzik sudah cukup untuk melayakkannya digelar bapa muzik kerana beliau berbakat sebagai pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon dan lain-lain.
Pernah berkahwin dengan Jennifer Thompson pada tahun 1988 sehingga 1999 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Kemudian Ramli Ms berkahwin dengan penyanyi Malaysia iaitu Datin Alyah dan mempunyai seorang anak angkat yang bernama Nur Izzara.
“Nampaklah Tok Ram Happy Dan Excited Sambut Birthday Izzara”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @alyah81official yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak97 ribu, tanda suka sebanyak 2,760 dan sebanyak 62 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tok Ram dan Datin Alyah yang menyambut hari lahir yang pertama buat anak mereka iaitu Nur Izzara.
@alyah81officialHappy birthday to princess in our heart NUR IZZARA.Mommy Daddy sayang zara Dunia Akhirat kerana Allah swt🤲 #tokramizzara #alyahizzara #alyahtokram #fyp #malaysiatrending #fypage #flypシ #fyppppppppppppppppppppppp #trending
♬ original sound – alyah81official – alyah81official
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tok Ram kelihatan sangat gembira semasa menyambut hari lahir anak kesayangnya itu.
Apa-apa pun, semoga Nur Izzara membesar menjadi anak solehah yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.