Pelakon kacak, Remy Ishak mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video pendek yang memaparkan dirinya bersalaman raya dengan ibunya. Walaupun ramai yang terharu melihat momen tersebut, namun gelagat Remy yang di luar jangkaan ramai telah membuatkan ramai orang terhibur!
Menerusi video berdurasi seminit itu, Remy dilihat memegang tangan ibunya untuk bersalaman sambil meminta maaf atas kesilapan yang telah dilakukannya.
Foto – @remyishaktiktok (TikTok)Tetapi siapa yang dapat menjangkakan apabila Remy dengan guraunya mengatakan segala yang dihadapi itu adalah ujian buat ibunya.
“Benda-benda yang berdosa, yang menyakitkan hati Mak, tu Remy dah tahu. Tapi itulah Mak punya ujian. Remy ada ujian sendiri. Takpa Mak, itu memang ujian kita di muka bumi ni. Allah bagi chance untuk Remy minta maaf dengan Mak. Ini tertulis dalam Luth Mahfuz. Memang kalau Dia tak maafkan, Remy kena hadap dekat sana. Apa-apa pun, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. “
Foto – @remyishaktiktok (TikTok)Sambil meminta ibunya untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya, Remy juga sempat berseloroh ibunya tidak akan diberi wang belanja jika tidak mendoakan dirinya.
“Hari ini Remy minta Mak kosongkan balik Remy punya dosa. Minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki, Remy minta ampun dan maaf kepada Mak. Mak kena doakan Remy benda-benda baik, kalau tak Mak tak dapat duit juga.
@remyishaktiktokSketsa pagi raya 🤣
♬ original sound – Remy Ishak – Remy Ishak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan gelagat luar jangkaan Remy yang dilihat ‘menekan-nekan’ dalam meminta maaf kepada ibunya.
“Banyak ujian Acik. Yang baju kuning besor, yang baju kuning kecik pun dan dan nak jadi Ultraman.”
“Ni minta maaf ke ugut hahaha.”
“Dia minta maaf tapi menekan-nekan.”
“Betul-betul dia ambil peluang minta berkat doa dan redha daripada seorang Mak walaupun menekan-nekan.”
“Nasib tak cakap “Remy hidup sebagai ujian untuk Mak”.”
Walau bagaimanapun untuk satu sisi yang lain, MURAI tidak menyangka Remy Ishak seorang lelaki kelakar.

17 hours ago
10








![[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/KV_Samsung-Mobile-Galaxy-S26-Series-New-Bach-and-Handel-Classical-Ringtones_dl1-scaled.webp)




























![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)


![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)








