[VIDEO] Gelagat Hael Husaini & Nadeera Buatkan Amira Othman Panggil Sayang Dekat Fattah Amin, Netizen Terhibur!

12 hours ago 8

Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.

Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.

Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.

“Pandai Ehh Diorang, Aleh Aleh Dua Dua Sebut Sayang Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @_fattmira yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 21 ribu, tanda suka sebanyak 1,215 dan sebanyak 84 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Hael Husaini dan Nadeera yang menyanyikan lagu raya mereka, namun apabila sampai di lirik ‘Sayang’ mereka memberi Fattah Amin dan Amira Othman yang menyebutnya.

@_fattmira

hael behave hael😂#fattahamin #amiraothman #haelhusaini #nadeerazaini #doabaikbaik🤲 #ourfas #amiracleforfattah

♬ Meriah Lain Macam – Hael Husaini & Nadeera

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa dapat juga mendengar kedua selebriti itu memanggil satu sama lain dengan gelaran sayang.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimmpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |