Gelagat Jefri Nichol Cium Kaki Ameera Khan, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

11 hours ago 8

Pempengaruh media sosial dan adik kepada pelakon, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik foto mesra bersama kekasih hatinya, Jefri Nichol.

Ameera, menerusi hantaran di Instagram dilihat berkongsi beberapa foto yang memaparkan pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama kekasihnya yang merupakan aktor terkenal Indonesia, termasuklah bermain pickleball, menonton wayang, serta makan malam bersama.

“I love living this life with you”.-kapsyen Ameera Khan di Instagram

“Sampai Kaki Pun Diciumnya, Sayang Betul Tu…”

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi sesetengah netizen apabila salah satu foto yang telah dipadam, memaparkan gelagat Jefri Nichol mencium kaki Ameera ketika mereka menjamu selera di sebuah restoran makanan Jepun.

“Sampai kaki pun diciumnya, sayang betul tu hahaha 😂.”

“Suruh dia cium cagu kuku tu sekali 😂

Oh its gonna hurt so bad when he leave.”

“Yang aku perasan orang Indonesia banyak puji-puji, orang Malaysia banyak kecam-kecam 😂.”

“Bercinta bagai nak rak, rak lu pape roger.”

“Aduduu kalau tak menikah jugak tak tahu laa.”

“Mungkin dah nikah kot sebab tu diorang daring tunjuk peluk-peluk even depan family pun. Happy for them! Cantik dan handsome!.”

“Dia dah nikah kot. Mungkin nikah secara senyap-senyap. Keluarga je tahu. Macam Wawa Zainal dengan Aeril dulu. Diorang takut jejas kerja diorang. Nanti tak dapat job kalau orang nampak yang dia kahwin. Supermodel lah katakan.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |