UNIQLO Perkenal Koleksi 2025 Spring/ Summer Sport Utility Wear

10 hours ago 8

Peruncit pakaian global, UNIQLO memperkenalkan Koleksi Utiliti Pakaian Sukan (Sport Utility Wear) bagi Spring/ Summer 2025 yang terbaharu, direka untuk menyokong gaya hidup aktif dengan keselesaan terkini, prestasi tinggi, dan gaya yang mudah.

Untuk menyerlahkan koleksi ini, UNIQLO menganjurkan Active Class Experience yang eksklusif, memberikan pengalaman interaktif dan bertenaga kepada para peserta melalui tiga sesi Pilates- Reformer, Mat, dan Spin Pilates sambil memakai koleksi SUW yang terbaru.

Para peserta dapat merasai pengalaman persekitaran dinamik yang direka untuk menonjolkan keselesaan dan fungsi berprestasi tinggi koleksi baharu. Mereka turut boleh meneroka breathability dan pergerakan setiap pakaian secara langsung melalui sesi Pilates yang disesuaikan.

Merasai kesan sejuk daripada fabrik DRY-EX, fleksibiliti fabrik Ultra Stretch, dan kelembutan fabrik AIRism. Sesi-sesi ini juga menunjukkan bagaimana rangkaian pakaian aktif ini bertransisi dengan mudah dan dari bersedia untuk melakukan senaman kepada gaya kasual-chic, mengukuhkan daya tarikan koleksi sebagai pakaian serba boleh, bergaya, dan selesa sepanjang hari untuk menyokong pelbagai aktiviti fizikal.

Koleksi UNIQLO Sport Utility

AIRism (Reformer Pilates)

Direka dengan teknologi keselesaan, material khas ini menampilkan ultra-thin fibres yang menyerap dan melepaskan wap air dari badan, menawarkan kawalan kelembapan terbaik untuk mengurangkan pembentukan haba dan peluh di dalam pakaian.

DRY-EX (Spin Pilates)

Fabrik all-season ini menyerap peluh dengan cepat, mengering melalui penyebaran kelembapan, dan menggunakan cool-touch yarn untuk rasa segar pada kulit. Dilengkapi dengan fungsi deodoran untuk memastikan anda kekal segar dan selesa dalam sebarang cuaca.

Ultra Stretch (Mat Pilates)

Direka untuk keselesaan dan fleksibiliti luar biasa, campuran fabrik ini menawarkan keanjalan tinggi dan kesesuaian yang ketat, sambil membolehkan kebebasan untuk bergerak.

UV Protection

Solusi perlindungan cahaya matahari yang mudah, menghalang 90% sinaran UV, tersedia dalam pelbagai gaya dan aksesori untuk semua peringkat umur, menawarkan perlindungan kulit UPF15+ hingga UPF50+ dalam sebarang persekitaran

Anda boleh dapatkan koleksi UNIQLO 2025 Spring/ Summer Sport Utility Wear ini menerusi laman web rasmi UNIQLO.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |