“Next week pulangkan Han&Yuki aku nak semua ni sekali”- Cik Epal Minta Bekas Suami Pulangkan Barangnya Cecah RM5K

7 hours ago 5

Pertelingkahan antara pasangan selebriti media sosial, Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam dilihat masih berlanjutan. Baru-baru ini, Cik Epal membuat satu hantaran di media sosial Instagram miliknya yang ditujukan kepada Jofliam untuk menuntut semula barang-barang miliknya yang ada di dalam rumah lamanya itu.

Dengan terbuka, dia senaraikan kesemua 12 barang tersebut untuk bekas suaminya membuat persiapan awal dan berkemas sebelum tempoh minggu depan. Cik Epal secara lantang menuntut pelbagai barangan peribadi dipulangkan termasuk Thermomix, kasut, set pinggan mangkuk, passport anak-anak dan banyak lagi.

Kesemua barangan itu sudah pastinya memiliki nilai  yang tersendiri, bukan sekadar dari segi mata wang. Dilihat dalam senarai, baju ibu bapanya antara barang yang dituntut, termasuklah pinggan mangkuk berjenama Corelle yang dihadiahkan oleh ibunya sempena perkahwinan, alat memasak canggih Thermomix, papan pemotong yang mengandungi nama “Cik Epal”, kasut miliknya dan banyak lagi.

Jika difikirkan secara logik, siapa yang tidak marah dan suka jika barangan kesayangan menjadi harta orang lain dan digunakan secara sesuka hati. Pasti sakit hati melihatnya.

Saling membalas, Joliam juga bersuara

Membalas kenyataan melalui Instagram Story, Jofliam menegaskan bahawa dia telah mengemas semua barangan yang dituntut dan meminta Cik Epal datang mengambilnya pada hari Isnin, dengan syarat.

“Jika dia nak barang-barang dia Isnin ni, tolong sediakan lori sendiri dan pack sendiri tapi bawa resit. Bukti pembelian saya halalkan sebab dia tahu, siapa yang bayar sebenarnya,” tulis Jofliam.

Tambahnya lagi, isterinya barunya sekarang, Emira Delyati, telah memberikan keizinan kepada Cik Epal untuk masuk ke rumah bagi mengambil barangan tersebut, asalkan ia disertakan dengan bukti pembelian.

“Harap kes selesai dan jangan claim bukan-bukan lagi dah. Saya nak bahagia dengan kehidupan baru saya,” katanya lagi

Tidak berdiam diri, Cik Epal kemudiannya memuat naik jumlah barangan yang disenaraikan dan terkejutnya kesemua barangan tersebut mencecah lebih dari RM5K. Disertakan dengan ayat perlian, Cik Epal bersedia untuk mengambil semula haknya.

“Untuk tidak menghampakan permintaan piranha belaan aku nak tahu total…”

Reaksi panas netizen

Hantaran Cik Epal sudah pasti menarik perhatian netizen terutamanya dari golongan wanita. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bangga dengan tindakan Cik Epal yang tegas dan berani itu,

“Tak malu hamak harta ex bini”

“Sempoii CE..Mantapp”

“Berseri ye rumah kalau bethol queen nya”

“Hahahahahaha power move, this level of pettiness deserves a standing ovation”

“Loveeeeee the fireee”

“Kalau aku jadi kau, aku buat benda yg sama. Bukan tak move on, penat lelah dulu nak beli semua barang2 yg kita nak, last2 org lain senang2 hati guna tanpa bersusah payah.”

“Aiyohhh malunya masih pakai barang ex wife”

“Betul malu la jantan ni bagi barang ex bini ke bini baru pakai. Woiii shopping la brg rmh”

Untuk makluman, Cik Epal dan Jofliam berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Han dan Yuki. Pada Oktober tahun lepas, Cik Epal membuat pengumuman bahawa dia sudah sah bercerai dengan Jofliam setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga. Setelah Jofliam mendirikan rumah tangga bersama isteri baru, makin hangat perbalahan antara mereka berlaku di media sosial. Semoga mereka menemui jalan untuk berbaik.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |