“Rasa Seperti Ibu Ada Disitu” – Talita Kongsi Situasi Berhenti Seketika Ketika Menyanyikan Lagu Arwah Siti Sarah

1 day ago 8

Persembahan penuh emosi yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam Jumaat terpaksa dihentikan seketika.

Terpaksa Diberhentikan Seketika

Hal ini terjadi apabila anak perempuan pelawak Shuib, Talita, gagal mengawal emosinya semasa menyanyikan lagu Kesetiaan yang dipopularkan oleh ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Dalam video yang dikongsikan di media sosial, Talita dilihat mengalirkan air mata di hadapan lebih 5,000 penonton yang turut terkesan dengan emosi yang ditampilkan.

Shuib, yang berada di sisi Talita segera menenangkan anaknya sebelum penyanyi remaja Umai tampil membantu menyelesaikan persembahan dan memberi ruang kepada Talita untuk kembali tenang.

Mula Mengingati Ibu

via Instagram Era

Menurut Astro Awani, ketika sesi dia menyanyikan lagu arwah, dia mula mengingati ibunya dan merasakan seperti ibunya berada bersamanya katika itu.

Ketika saya menyanyikan lagu Kesetiaan, saya teringat pada ibu dan rasa seperti dia ada di situ.

Dengan orang ramai, saya bertambah sebak.

Ayah kata tak mengapa, ibu sedang tengok.

Walaupun terharu, Talita mengakui bahawa sokongan ramai memberi semangat dan membuatkan dirinya semakin teruja untuk meneruskan kerjaya seni.

Dalam pada itu, Shuib juga meluahkan rasa kagum terhadap keberanian Talita untuk tampil di pentas besar di hadapan ribuan penonton.

Keberanian dan semangat Talita dalam mengenang ibunya sambil mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi hebat seperti arwah Siti Sarah jelas mencuri perhatian ramai.

Ini adalah satu langkah besar dalam perjalanan karier seni Talita yang pastinya penuh cabaran dan harapan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |