Salman Khan ialah salah seorang pelakon Bollywood yang terkenal dengan semangat kecergasan. Pelakon itu sangat mengambil berat tentang rutin senamannya.
Namun adakah kamu tahu, dia perna mengalami gangguan saraf Trigeminal Neuralgia, yang turut dikenali sebagai salah satu penyakit ‘bunuh diri’?

Ini kisah yang benar kerana Salman pernah mendedahkan tentang gangguan yang menyakitkan itu dan bagaimana dia telah menjalani rawatan terperinci di Amerika Syarikat.

Dalam salah satu temu bual lamanya, Salman mendedahkan penyakit ini membuatkan dia tidak boleh bercakap dan ia mendatangkan kesakitan yang sangat besar.
“Saya mengalami masalah saraf yang dipanggil Trigeminal Neuralgia. Jadi saya tidak boleh bercakap. Saya hanya boleh bercakap dengan mulut tertutup sedikit dan ia memberikan kesakitan yang melampau.”
Pelakon itu juga berkata kesakitan itu sangat menyakitkan sehingga ramai pesakit yang mengalaminya terfikir untuk membunuh diri.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.