Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Apa Dalam Baju, Anak Raja Pahang”-Tunku Azizah
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @datoha57 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 77 ribu, tanda suka sebanyak 2,412 dan sebanyak 48 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah dan Sultan Pahang yang beramah mesra dengan rakyat dan kemudian baginda menaiki buaian yang berada siti bersama-sama.
@datoha57Kemesraan dan kedekatan KDPB Tuanku berdua bersama rakyat jelata dari dulu kini dan selamanya.. Daulat Tuanku ❤️❤️ #kesultananpahang #sultanpahang #tengkuampuanpahang
♬ original sound – DSSCHA – DSSCHA
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa amat susah untuk melihat keluarga kerabat diraja seperti kerabat Pahang yang sangat ramah dan santuni rakyat secara dekat begitu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yanng melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.