Bekas Kakak Ipar Dedah Adik Direman Kerana Kim Seri?-“47 Kes Pusing Satu Malaysia…”

12 hours ago 10

Bekas kakak ipar kepada pempengaruh media sosial, Kim Seri iaitu Nor Seri Azlina tampil membuat pendedahan mengenai Kim Seri yang menjadi penyebab adiknya kini direman polis disebabkan isu penipuan pakej pelancongan.

Adik Direman Isu SSM & Akaun Syarikat Bekas Isterinya, Kim Seri?

Menerusi hantaran di Thread, Nor Seri Azlina menyatakan bahawa adiknya itu terpaksa direman polis dan ‘roadshow reman’ di seluruh Malaysia disebabkan kesalahan yang tidak dilakukan oleh adiknya itu.

“Adik aku kena roadshow reman ye. 47 kes pusing satu Malaysia atas perkara yang dia tak buat. Satu kes 3 hari. Kejam wei adil ke untuk dia. Sedangkan satu Malaysia tahu scammer terpaling bahagialah dalang sebenar.

Mangsa semua berurusan dengan Kim Seri dan nombor telco Kim Seri. Tak pernah berurusan dengan Zairy. Sebab tu masa kes viral tak ada satu pun nama adik saya terpalit. Zairy sangkut sebab SSM dan akaun company ex wife guna dari tahun 2019.

Zairy ada buat kertas hitam putih ditandatangani oleh Kim Seri mengatakan dia sepenuhnya bertanggungjawab ke atas akaun Cikgu Kimchi Travel. Hari ni dapat bukti kita reveal. Nak spin kat mana lagi tu.”-dedah bekas kakak ipar Kim Seri di Thread

“Saya Sebagai Bekas Isteri Sentiasa Doakan…”

Dalam pada itu, Kim Seri menerusi Insta Stories biarlah dia dan bekas suami membuktikan diri masing-masing kepada pihak polis serta menitipkan doa agar urusan mereka berdua dipermudahkan.

“Saya tak nak dipancing untuk londeh melondeh aib semasa bergelar suami isteri macam pasangan bercerai yang lain. Saya sebagai bekas isteri sentiasa doakan urusan kami berdua.

Dia dipanggil untuk siasatan, biarlah dia buktikan di pihak dia, dan saya pun buktikan segalanya di pihak saya di sini kepada pihak polis. Ke mana duit pergi, ke mana urusan transfer.”-tulis Kim Seri di Instagram

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |