VIDEO Fouziah Gous & Keluarga Beraya Dengan Zahid Hamidi Curi Perhatian Peminat, – “Cantiknya Rumah”

10 hours ago 7

MURAI tertarik dengan satu perkongsian video yang kini tular di TikTok, dimuat naik oleh pelakon dan usahawan terkenal, Fouziah Gous.

Dalam video tersebut, Fouziah dilihat menganjurkan majlis rumah terbuka yang cukup meriah, menghimpunkan teman rapat serta ahli keluarga terdekat. Suasana jelas penuh kehangatangelak tawa, senyuman dan layanan mesra tuan rumah benar-benar mencuri perhatian.

Namun, yang paling mencuri fokus sudah tentu kehadiran tetamu istimewa, iaitu Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi. Momen kehadiran Zahid ke kediaman Fouziah turut dirakam dan dikongsikan dalam video tersebut. Kehadirannya bukan sahaja menyerikan majlis, malah memperlihatkan hubungan baik antara beliau dan keluarga Fouziah.

“Terima kasih Ayahanda & Bonda sudi hadir beraya ke rumah Satu penghormatan buat kami sekeluarga”- tulis Fouziah di ruangan kapsyen.

Lebih menarik, Zahid dilihat sempat meluangkan masa meneliti beberapa foto kenangan yang dipamerkan di rumah itu, antaranya gambar keluarga Fouziah ketika menunaikan umrah. Bukan itu sahaja, beliau juga dilihat menatap potret Fouziah bersama suami tercinta, Zhafran Md Yusof, ketika menerima pingat kebesaran.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen bukan sahaja teruja dengan kehadiran VIP tersebut, malah turut memuji kediaman Fouziah yang disifatkan sangat cantik, mewah dan tersusun rapi. Tidak kurang juga yang memuji sikap Fouziah sebagai tuan rumah yang begitu mesra melayan tetamu.

@fouziahgous

Terima kasih Ayahanda & Bonda sudi hadir beraya ke rumah ✨ Satu penghormatan buat kami sekeluarga 🤍

♬ original sound – FG Walet®️ – FG Walet®️

Selain aktif dalam dunia hiburan, Fouziah juga menonjol sebagai usahawan. Pada tahun 2012, beliau menubuhkan FG Walet di bawah syarikat Zhafou Global Sdn Bhd, yang menghasilkan produk Sarang Burung Premium berasaskan 100% bahan semula jadi tanpa pengawet atau bahan kimia. Dengan menggunakan teknologi pembotolan vakum, FG Walet mengekalkan kesegaran produk dan memanjangkan jangka hayatnya. Produk ini turut diiktiraf dengan pensijilan HALAL, MESTI, HACCP dan GMP, membuktikan komitmen Fouziah terhadap kualiti dan keselamatan makanan.

Bagi MURAI, momen seperti ini bukan sekadar perkongsian biasa, tetapi menggambarkan nilai kekeluargaan, persahabatan dan adab menerima tetamu yang masih utuh dalam kalangan masyarakat kita. Memang jelas, suasana harmoni dan penuh kasih sayang itu yang paling mahal nilainya.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |