Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @bambamstudiosofficial di platform TikTok, jawapan Amir dilihat mengenai ciri-ciri wanita idamannya telah meraih pelbagai reaksi.
@bambamstudiosofficial#ApaBam : Nak tahu jugak ciri-ciri isteri pilihan @Amir Ahnaf … Jom usha MMencariIsteriSempurnaSetiap Isnin – Jumaat 6 petang di Astro Prima hanya dengan Astro One atau aplikasi sooka. MMencariIsteriSempurnaBBamBamStudiosdramatiktok
♬ original sound – bambamstudiosofficial – bambamstudiosofficial
Menurut Amir, pelakon itu lebih mengutamakan wanita yang mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun yang tinggi. Bukan sekadar rupa paras yang cantik semata-mata, bagi Amir ciri-ciri ini sangat penting dalam membentuk hubungan, terutamanya dalam kehidupan berumah tangga.
“Baik dan cantik, comel… Amir rasa yang paling penting adalah sifat lemah lembut, sopan santun. Sebab kalau ada dua sifat ini, dia akan relate dengan sifat kebaikan.”
Dedah Amir lagi, wanita yang memiliki kedua-dua sifat ini biasanya akan memiliki keperibadian yang baik. Bukan itu sahaja, sifat-sifat tersebut juga dapat membuatkan wanita itu boleh menghormati dirinya, keluarga dan juga kenalannya.
“Bila ada (sifat) sopan santun dengan lemah lembut, dia akan boleh hormat saya, akan hormat ibu bapa saya, hormat kawan-kawan yang saya akan bawa jumpa.
Jadi, asasnya dua ni la. Jadi tunjang utama untuk dua ni, lemah lembut dan sopan santun adalah baiklah agamanya.”
Perkongsian Amir itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendedahkan mereka mempunyai ciri-ciri tersebut dan mahu mencuba nasib.
“Salam, saya ada semua tu.”
“Janganlah describe saya, malulah.”
“Saya lembut takde, introvert boleh tak?”
Penting untuk kamu tahu, setiap individu mempunyai ciri-ciri wanita idaman mereka sendiri dan tidak akan sama dengan orang lain. Apa-apa pun untuk Amir Ahnaf, MURAI ucapkan semoga berjaya dalam misi mencari wanita idaman kamu!

6 hours ago
5








































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)





![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)


