Anda Rasa Sihat? Mungkin Sudah Tiba Masanya Untuk Buat Pemeriksaan Kesihatan

6 hours ago 7

Pernah tak anda rasa badan sihat, masih mampu bekerja, memandu jauh, bersukan dan melakukan rutin harian seperti biasa, lalu menganggap pemeriksaan kesihatan bukan sesuatu yang penting?

Hakikatnya, ramai antara kita mempunyai pemikiran yang sama. Selagi tiada demam, sakit atau perlu masuk hospital, semuanya dianggap baik-baik sahaja. Namun, ada beberapa masalah kesihatan yang boleh wujud dalam tubuh tanpa kita sedari.

Malah, ramai yang hanya mengetahui mereka menghidap tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi atau diabetes selepas menjalani pemeriksaan kesihatan ataupun apabila simptom mula muncul.

Bila Sibuk Jadi Alasan

Dalam kehidupan yang serba pantas hari ini, tidak semua orang sempat memberi perhatian kepada kesihatan sendiri. Pagi-pagi minum kopi atau minuman manis untuk kekal bertenaga, tengah hari makan apa yang sempat, malam pula tidur lewat kerana kerja yang masih belum selesai.

Lama-kelamaan, rutin seperti ini menjadi kebiasaan.

Apa yang ramai tidak sedar, gaya hidup harian inilah yang boleh meningkatkan risiko kepada tiga masalah kesihatan utama iaitu gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Lebih membimbangkan, ketiga-tiga masalah ini sering digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana ia boleh berlaku tanpa sebarang tanda yang jelas.

“Saya Okey Je…”

Itulah ayat yang sering kita dengar apabila ditanya tentang kesihatan.

Tetapi jika difikirkan semula, bilakah kali terakhir anda membuat pemeriksaan kesihatan?

Jika jawapannya sudah lebih setahun atau mungkin anda sendiri tidak ingat bila kali terakhir melakukannya, mungkin sudah tiba masanya untuk memberi sedikit perhatian kepada tubuh badan sendiri.

Lebih-lebih lagi jika anda sering berasa penat, kurang tidur, bekerja dalam keadaan tertekan, gemar minuman manis atau mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap diabetes, darah tinggi atau kolesterol tinggi.

Kempen “You Okay Tak?” Ingatkan Kita Tentang Kesihatan

Menyedari masih ramai rakyat Malaysia yang menangguhkan pemeriksaan kesihatan, KPJ Healthcare memperkenalkan kempen “You Okay Tak?” sebagai satu peringatan bahawa menjaga kesihatan bermula dengan mengetahui keadaan tubuh badan sendiri.

Kempen ini menggalakkan orang ramai untuk melakukan saringan kesihatan asas yang merangkumi pemeriksaan gula dalam darah, tekanan darah dan kolesterol.

Kadangkala, hanya dengan satu pemeriksaan ringkas, seseorang itu dapat mengenal pasti risiko kesihatan lebih awal sebelum ia berkembang menjadi masalah yang lebih serius.

Pemeriksaan Awal, Langkah Yang Bijak

Ramai beranggapan pemeriksaan kesihatan hanya perlu dilakukan apabila sakit. Sebenarnya, tujuan utama saringan kesihatan adalah untuk mengesan sesuatu masalah sebelum simptom muncul.

Menurut KPJ Healthcare, pengesanan awal membolehkan seseorang mendapatkan nasihat profesional, mengubah gaya hidup dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai pada masa yang tepat.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.

Pakej Saringan Kesihatan Serendah RM99

Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan akses kepada pemeriksaan kesihatan, KPJ turut menawarkan Pakej Saringan Kesihatan RM99 sempena kempen ini.

Promosi tersebut berlangsung sehingga 31 Julai 2026 di hospital-hospital KPJ yang mengambil bahagian. Tempahan juga boleh dibuat melalui WhatsApp bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi dan tarikh yang tersedia.

Murai Nak Tanya Satu Je…

Kita selalu bertanya khabar kepada keluarga, pasangan dan rakan-rakan.

“Awak okey tak?”

Tapi bila kali terakhir kita bertanya soalan yang sama kepada diri sendiri?

Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga komitmen sehingga terlupa menjaga kesihatan sendiri. Jadi sebelum badan mula memberi isyarat yang tidak diingini, mungkin inilah masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Kerana kesihatan yang baik bukan sekadar tentang tidak sakit, tetapi tentang mengetahui keadaan diri sebelum terlambat.

Jadi, anda okey tak?

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

2

Star

Star

4

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |