[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!

5 hours ago 3

Tiada siapa jangka bandar Alor Setar, Kedah dipromosikan di salah satu siaran radio terkenal di Korea Selatan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia) 2026.

Untuk makluman semua, beberapa video pendek telah tular di media sosial, memaparkan dua penyampai radio di Be FM Busan, memperkenalkan Malaysia kepada pendengarnya.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah, apabila nama bandar Alor Setar disebut dan diketengahkan sebagai lokasi pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.

Promosi itu dibuat menerusi segmen khas ‘Tourism Promotion Organization For Global Cities’ (TPO), yang memfokuskan kepada destinasi pelancongan dari seluruh negara.

Menurut perkongsian Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), perkongsian tersebut sedikit sebanyak memperkenalkan pelbagai tarikan dan keunikan bandar ini di mata dunia.

“Promosi ini secara tidak langsung membantu memperkenalkan Alor Setar di peringkat antarabangsa, sekali gus menarik minat pelancong luar untuk mengenali keindahan dan keistimewaan bandar raya ini.”

Perkongsian ini juga turut mencuri perhatian rakyat Malaysia, yang rata-ratanya tumpang gembira dan memberikan reaksi positif terhadap pendedahan ini. Malah segelintirnya turut berkongsi idea untuk menjadikan bandar Alor Setar sebagai bandar percutian pilihan baharu.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

5

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |