Tidak Gaduh, Tapi Ini Sebabnya Maia Estianty & Suami Tidak Sebumbung Sejak Awal Perkahwinan

16 hours ago 6

Penyanyi Maia Estianty mendedahkan keunikan perkahwinannya dengan ahli perniagaan Irwan Mussry. Kebiasaannya, pasangan suami isteri akan tinggal bersama, di bawah bumbung yang sama. Namun bagi Maia dan suaminya, situasi tersebut adalah berbeza.

Sejak awal perkahwinan lagi, pasangan itu memutuskan untuk tinggal di rumah masing-masing, tidak sebumbung seperti suami isteri lain. Kongsi Maia, dia akan membahagikan masanya untuk bergilir-gilir tinggal di rumahnya dan juga rumah Irwan.

Maia Estianty Jelas Sebab Sebenarnya

Berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial, Maia mengesahkan bahawa suaminya jarang datang ke rumahnya. Tegas Maia, Irwan jarang mengunjungi rumahnya bukan kerana anak-anaknya, tetapi kerana dia tidak suka rumah yang mempunyai perkarangan tanah.

@idawahyudi1

#fyp

♬ suara asli – M¥ $T©R¥ – MY STORY

Jelas Maia, suaminya itu ialah seorang individu yang lebih gemar tinggal di rumah kondominium yang tinggi dan jauh daripada tanah. Antara sebabnya dia memilih jenis rumah itu adalah, Irwan sangat takut dengan ular, lipas dan juga tidak sukakan nyamuk.

Mendengar penjelasan Maia, ramai yang beranggapan perkara itu adalah biasa memandangkan ahli perniagaan itu seorang yang kaya raya.

Untuk rekod, Maia Estianty dan Irwan Mussry berkahwin pada 29 Oktover 2018. Uniknya, mereka memilih Masjid Camii di Tokyo, Jepun sebagai tempat perkahwinan mereka.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |