Teguran ‘Pedas’ Dr Maza Kepada PU Rahmat- “Berhati-Hati Memilih Perkataan”

12 hours ago 5

Nampaknya kenyataan pendakwah bebas, PU Rahmat mendapat perhatian orang ramai selepas mempertahankan keputusan Nadzmi Adhwa yang membenarkan isteri, Ardell Aryana menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) ke Gaza.

Dalam kenyataannya, Rahmat seolah-olah ‘meremehkan’ tindakan sesetengah lelaki yang tidak membenarkan isterinya menyertai misi kemanusiaan dan hanya tinggal di rumah.

“Korang tak nak benarkan isteri korang join Sumud tu hak korang. Korang nak simpan bini dalam rumah dan layan Netflix sampai 100 episod pun silakan. Cuma jangan halang @nadzmiadhwa benarkan Ardell berjuang. Jalang halang potensi wanita menjadi hebat di sisi Allah. Aku kalau ada bini nanti, aku suruh dia kawan dengan Ardell. Idok la aku bagi kawan dengan bini kau.”

Namun kenyataan Rahmat tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan ramai termasuklah Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza.

Menerusi platform Facebook, Dr Maza menasihatkan Rahmat untuk berhati-hati dalam memilih perkataan ketika membincangkan isu yang sensitif. Jelasnya, golongan wanita tidak didedahkan dengan situasi berbahaya seperti peperangan atau situasi berisiko tinggi.

“Berhati-hati dalam memilih perkataan. Sesiapa yang membenarkan isteri atau anak perempuannya pergi ke sesuatu operasi berisiko, ia satu pandangan atau penilaian yang mungkin ada alasannya. Itupun hendaklah mengambil kira soal keselamatan dan harga diri wanita dalam pelbagai sudut. Ini kerana asalnya wanita tidak didedahkan kepada bahaya perang atau apa-apa bahaya tanpa keperluan.”

Tegas Dr Maza, lelaki memainkan peranan penting dan memiliki tanggungjawab sebagai ketua keluarga, termasuklah melindungi isteri dan anak-anak perempuan. Kongsinya lagi, jika sesetengah situasi dianggap memerlukan bantuan, wanita boleh turut serta menjadi perawat dan pembantu di medan perang seperti sahabat Nabi S.A.W.

” Lelaki pula hendaklah sentiasa melindungi keselamatan isteri dan anak-anak khususnya yang perempuan. Jika keadaan memerlukan khidmat wanita, mereka boleh sertai seperti para sahabat wanita menyertai Nabi s.a.w dalam peperangan sebagai perawat dan pembantu. Ia satu pahala. Selain tujuan operasi yang memenuhi syarak, keizinan suami dan kesesuaian operasi di sudut diri wanita hendaklah diambil kira. Jika itu semua memenuhi, maka mereka boleh sertai sesuatu operasi.”

Pada masa yang sama, Dr Maza turut menegaskan bahawa tanggapan wanita yang tidak menyertai sesetengah misi kemanusiaan dan hanya berada di rumah adalah kenyataan yang tidak sesuai untuk diucapkan.

“Adapun kenyataan yang menganggap wanita yang tidak sertai sebagai isteri yang disimpan di rumah seakan tidak berperanan amatlah tidak sesuai. Dalam semangat mahu memperjuangkan sesuatu yang kita percaya benar, kita juga hendaklah menilai setiap hal dengan imbangan pengetahuan, bukan emosi. Semoga semua pihak saling memahami.”

Apa pendapat kamu?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |