Berita baik buat usahawan mikro dan peniaga kecil! Kalau sebelum ini ramai mengeluh proses mendapatkan modal mengambil masa yang agak lama, kini ada perkembangan yang pasti melegakan.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan permohonan pembiayaan TEKUN Nasional sehingga RM20,000 dapat diluluskan dalam tempoh hanya 24 jam menjelang penghujung tahun ini.
Via IHSAN e CentralInisiatif ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mempercepatkan akses kepada modal perniagaan, terutama bagi usahawan yang memerlukan dana segera untuk mengembangkan atau meneruskan operasi perniagaan.
Sasaran Kurangkan Birokrasi, Percepat Bantuan Kepada Usahawan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, sasaran tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui pengurangan birokrasi serta pendigitalan sistem.
Menurut beliau, proses mendapatkan pembiayaan tidak sepatutnya terlalu rumit sehingga menyebabkan usahawan terpaksa menunggu lama untuk memperoleh modal.
Ketika ini, TEKUN Nasional mampu memproses dan meluluskan pembiayaan sehingga RM100,000 dalam tempoh kira-kira tujuh hari bekerja.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee KeongJika sasaran baharu ini berjaya direalisasikan, permohonan bernilai sehingga RM20,000 boleh mendapat keputusan dalam masa sehari sahaja.
SME Bank Dan Bank Rakyat Turut Percepat Kelulusan
Bukan TEKUN sahaja yang sedang menambah baik proses pembiayaan.
Menurut KUSKOP, SME Bank dan Bank Rakyat turut komited memproses permohonan pembiayaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 14 hari.
Langkah ini dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mendapatkan pembiayaan dengan lebih pantas.
Lebih 180,000 Perniagaan Sudah Terima Manfaat
Sehingga 31 Mei 2026, pelbagai inisiatif pembiayaan di bawah KUSKOP terus menunjukkan perkembangan positif.
Antara pencapaiannya ialah:
- RM92 juta pembiayaan disalurkan kepada lebih 4,300 usahawan di Melaka.
- RM5 bilion pembiayaan diluluskan di seluruh negara.
- Lebih 180,000 perusahaan menerima manfaat.
Selain itu, menerusi program PowerUp10K, KUSKOP turut menyasarkan pembiayaan berjumlah RM15 bilion kepada PMKS sepanjang tahun ini.

Portal TEKUN Kini Lebih Mudah Diakses
Dalam usaha mempercepatkan urusan usahawan, KUSKOP turut melancarkan Portal TEKUN Nasional sebagai platform digital sehenti.
Melalui portal ini, pengguna boleh:
- Membuat permohonan pembiayaan secara dalam talian.
- Menyemak status permohonan.
- Mendapatkan maklumat skim pembiayaan.
- Mengetahui program latihan keusahawanan.
- Mencari lokasi pejabat TEKUN di seluruh negara.
Langkah ini selaras dengan agenda pendigitalan kerajaan bagi memastikan urusan usahawan menjadi lebih mudah, pantas dan mesra pengguna.
Usaha mempercepatkan kelulusan pembiayaan ini sememangnya satu langkah yang dinanti-nantikan ramai usahawan, terutama peniaga kecil yang bergantung kepada modal pusingan untuk meneruskan operasi harian.
Apa pun, Murai berharap pelaksanaan inisiatif ini berjalan lancar seperti yang dirancang agar lebih ramai usahawan dapat menikmati manfaatnya dan terus berkembang dalam dunia perniagaan.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

14 hours ago
5




![[VIDEO] Netizen Berdekah Lihat Kejutan Elly Mazlein Buat Suami- “Tak Sedap Hati Masa Gelak Tutup Mulut”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/10.webp)




![[REVIEW] Sebelum Kata Mahal, Ini Sebab Shokz OpenFit Pro Berani Dijual Pada Harga RM1,199](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/20260630_173028-scaled.webp)








![[VIDEO] Keadaan Kesihatan Terkini Salman Khan Buat Peminat Bimbang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-9-1.webp)















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)




![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)









