Spider Bakal Gegarkan Stadium Hoki Bukit Jalil Menerusi Konsert SpiderRaya September Ini

1 hour ago 2

Berita baik buat peminat muzik rock tempatan! Kumpulan Spider bakal kembali menggegarkan pentas menerusi konsert berskala besar, SpiderRaya, yang dijadualkan berlangsung pada 26 September 2026 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh B7 Resources Sdn. Bhd., konsert ini dijangka menjadi antara acara muzik tempatan yang dinanti-nantikan tahun ini, lebih-lebih lagi buat peminat setia yang membesar dengan lagu-lagu ikonik kumpulan tersebut.

Bukan Sekadar Konsert, Tapi Sebuah Perayaan Buat Peminat Spider

SpiderRaya bukan sekadar sebuah konsert biasa, sebaliknya tampil sebagai satu “perayaan” yang meraikan perjalanan panjang kumpulan Spider dalam industri muzik tempatan.

Dengan kekuatan persembahan secara langsung (live band) yang sememangnya sinonim dengan identiti mereka, konsert ini dijangka memberikan pengalaman berbeza buat para penonton.

Kumpulan yang dianggotai oleh Tam (vokal), Aie (dram), Iss (bass) dan Pown (gitar) ini sememangnya dikenali dengan gabungan muzik rock yang bertenaga serta melodi yang dekat di hati peminat.

Lebih Dua Dekad Warnai Industri Muzik Tempatan

Bagi penggemar muzik tempatan, nama Spider sememangnya tidak asing lagi.

Sejak kemunculan album Ngam Ho pada tahun 1998 sehinggalah Ankabut pada 2016, kumpulan ini terus kekal relevan dengan pelbagai karya yang masih dimainkan sehingga kini.

Malah, ramai yang menganggap Spider sebagai antara kumpulan rock yang berjaya mengekalkan identiti tersendiri tanpa perlu terlalu mengikut arus muzik semasa.

Mahu Penonton Rasai Pengalaman Berbeza

Menurut vokalis Spider, Tam, konsert berskala stadium memerlukan perancangan yang lebih teliti kerana setiap elemen perlu disusun dengan baik.

Katanya, mereka bukan sahaja mahu penonton hadir untuk mendengar lagu, malah mahu setiap individu yang berada di stadium benar-benar merasai perjalanan persembahan dari awal sehingga penghujung konsert.

“Bila kami di pentas besar, setiap elemen perlu ada makna. Kami mahu penonton bukan sekadar menonton, tetapi benar-benar merasai apa yang berlaku di atas pentas,” katanya ketika ditemu bual.

Konsep Lebih Ringkas, Fokus Kepada Kekuatan Muzik

Berbeza dengan sesetengah konsert yang banyak bergantung kepada elemen visual, Spider memilih untuk mengekalkan muzik sebagai tunjang utama persembahan.

Pendekatan ini dijangka memberikan pengalaman yang lebih dekat dengan peminat menerusi persembahan yang padat, tersusun dan penuh tenaga.

Harga Tiket Bermula RM148

Buat yang sudah tidak sabar, tiket konsert SpiderRaya boleh didapati menerusi Ticket2U dengan beberapa pilihan kategori.

Antaranya:

  • KITA SATU – RM148
  • ALADIN – RM158
  • NGAM HO – RM168
  • ANKABUT – RM208
  • BINTANG 12 – RM238
  • NAZRAKU – RM268

Info Ringkas SpiderRaya

  • Tarikh: 26 September 2026
  • Lokasi: Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Masa: 8.30 malam
  • Tiket: Ticket2U

Apa pun, buat peminat setia Spider, Murai rasa ini mungkin antara peluang terbaik untuk menikmati persembahan berskala stadium daripada salah satu kumpulan rock yang masih kekal relevan dalam industri muzik tempatan.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

2

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |