Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz.
Sarat dengan emosi dan mesej yang mendalam, lagu ini mampu menyentuh hati para pendengar serta memberi warna baharu dalam industri muzik tanah air.
Kenali Ku Faiz
Ku Muhammad Faiz bin Ku Zulrushdi, atau lebih dikenali dengan nama pentas Ku Faiz, berusia 25 tahun dan berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau kini berkhidmat sebagai penjawat awam di Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Sebelum melangkah secara rasmi sebagai penyanyi rakaman, Ku Faiz pernah menyertai beberapa program televisyen seperti Ceria Popstar dan All Together Now, selain pernah dijemput sebagai tetamu dalam program Motif Viral.
“Jurang Takdirku”, Single Debut Ku Faiz
“Jurang Takdirku” mengisahkan tentang perasaan cinta yang terpaksa dipendam akibat jurang kehidupan yang memisahkan dua insan.
Dengan gabungan melodi yang mudah diingati, lirik yang dekat dengan realiti kehidupan serta susunan muzik berkonsepkan balada moden, lagu ini diharapkan mampu membangkitkan emosi pendengar dan diterima baik oleh peminat muzik tempatan.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer dan penulis lirik Dearlynnns, yang sebelum ini turut menghasilkan karya seperti Bertahan Denganmu, Sengketa Asmara Luka, Meriah Hari Raya, Tanpa Relaku dan banyak lagi.
Kisah penuh emosi ini turut diterjemahkan menerusi video muzik rasmi “Jurang Takdirku”, di saluran YouTube Luncai Emas dan Myoozikwav Entertainment serta boleh didengari di semua platform penstriman digital utama.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

7 hours ago
5



































![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)













