Selangor Travel Fair 2026 Raih Sambutan Luar Biasa, Bukti Pelancongan Negeri Terus ‘On Fire’

6 hours ago 4

Selangor Travel Fair (STF) 2026 bukan sekadar menghimpunkan pemain industri pelancongan di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Lebih istimewa, acara ini menjadi pentas buat Tourism Selangor meraikan Jubli Perak 25 Tahun, sekali gus mengimbas perjalanan agensi itu dalam membangunkan industri pelancongan negeri.

Selangor Travel Fair

Selangor Travel Fair: ‘Silver in Motion’ Lambang Perjalanan Tourism Selangor

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Puan Chua Yee Ling, tema “Silver in Motion” dipilih sebagai simbol kepada perkembangan dan perjalanan berterusan organisasi itu dalam membina ekosistem pelancongan yang lebih mampan, inovatif serta berdaya saing.

“Sepanjang 25 tahun lalu, Tourism Selangor sentiasa bekerjasama rapat dengan pemain industri dan rakan strategik untuk membangunkan produk pelancongan, menganjurkan acara berimpak tinggi serta mempromosikan keunikan Selangor. Ketika kami meraikan pencapaian ini, fokus kami kekal untuk membentuk masa depan pelancongan Selangor dan menyampaikan pengalaman yang bermakna kepada pelawat domestik dan antarabangsa,” katanya.

Bagi MURAI, kenyataan itu jelas menunjukkan sambutan Jubli Perak ini bukan sekadar mengimbau nostalgia. Sebaliknya, ia menjadi peringatan bahawa pembangunan pelancongan perlu sentiasa bergerak seiring dengan kehendak pelancong masa kini.

Fokus Bukan Sekadar Destinasi, Tetapi Pengalaman

Selangor Travel Fair

Selain menghimpunkan kira-kira 40 pempamer pelancongan, STF 2026 turut dipenuhi pelbagai aktiviti seperti persembahan budaya, bengkel kreatif, podcast secara langsung, pemeriksaan kesihatan percuma serta promosi eksklusif yang memberi pengalaman lebih dekat kepada pengunjung.

Pada masa sama, Tourism Selangor turut melancarkan lagu tema dan video muzik “Surprising Selangor Kan Ada”, yang meraikan perjalanan 25 tahun agensi itu bersama warga kerjanya dalam mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

5

Star

Star

1

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |