Samsung nampaknya sedang bermain teka-teki dengan peminat teknologi. Menerusi beberapa video teaser terbaharu di Instagram, jenama itu tidak tunjuk pun telefon baharu secara jelas, tetapi menggunakan objek biasa seperti coklat dan puzzle untuk menyampaikan satu mesej, sesuatu tentang “bentuk baharu” bakal berubah.
Bila tengok video tersebut, perkara pertama yang buat saya tertanya-tanya ialah bentuk objek yang digunakan. Contohnya, coklat yang biasanya kita bayangkan panjang dan berpetak-petak, tiba-tiba kelihatan seperti sudah dipendekkan atau “dipotong” sehingga menjadi lebih lebar dan hampir kepada bentuk nisbah skrin telefon biasa.
Nampak macam sekadar iklan kreatif, tapi kalau ikut sejarah Samsung, mereka bukan jenis yang suka letak hint secara rawak. Kempen ini terus buat ramai berteka-teki sama ada ia berkait dengan generasi baharu Galaxy Z Fold.
Spekulasi paling kuat sekarang ialah Samsung mungkin sedang bersedia mengubah reka bentuk Galaxy Z Fold8. Kalau sebelum ini siri Fold terkenal dengan bentuk yang tinggi dan agak sempit apabila ditutup, mungkin kali ini Samsung mahu hadir dengan rekaan yang lebih lebar menjadikannya lebih selesa digunakan seperti telefon biasa.
Semua teaser membawa tema sama
Menariknya, hampir semua teaser yang dimuat naik membawa tema sama, sesuatu yang panjang diubah menjadi bentuk lebih seimbang. Bagi saya, ia nampak seperti Samsung sedang cuba memberitahu bahawa telefon lipat mereka mungkin tidak lagi sekadar “telefon yang boleh jadi tablet”, tetapi telefon yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.
Sudah tentu, ini masih sekadar spekulasi berdasarkan cara Samsung bermain dengan visual. Tiada pengesahan rasmi mengenai reka bentuk sebenar Galaxy Z Fold8. Tapi kalau betul teaser ini adalah petunjuk, nampaknya Samsung mungkin sedang bersedia melakukan perubahan besar pada siri Fold.
Buat masa ini, peminat hanya mampu terus meneliti setiap frame dalam video tersebut. Siapa sangka sepotong coklat pun boleh buat satu dunia teknologi mula berteka-teki?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

16 hours ago
5





![[VIDEO] Netizen Berdekah Lihat Kejutan Elly Mazlein Buat Suami- “Tak Sedap Hati Masa Gelak Tutup Mulut”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/10.webp)




![[REVIEW] Sebelum Kata Mahal, Ini Sebab Shokz OpenFit Pro Berani Dijual Pada Harga RM1,199](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/20260630_173028-scaled.webp)








![[VIDEO] Keadaan Kesihatan Terkini Salman Khan Buat Peminat Bimbang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-9-1.webp)















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)




![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)









