Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

8 hours ago 6

Saluran TV6 RTM yang menjadi rumah kepada pelbagai rancangan klasik dan nostalgia buat rakyat Malaysia akan menamatkan siarannya bermula 1 Julai 2026.

Perkara itu diumumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi TV6 RTM, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada penonton setia yang mengakui sedih dengan penutupan saluran tersebut.

Bagi sesetangah penonton, TV6 bukan sekadar sebuah saluran televisyen, tetapi menjadi tempat untuk mengimbau kembali kenangan menerusi siaran drama, hiburan dan program-program popular RTM suatu ketika dahulu.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah seorang pengguna yang berharap keputusan itu dapat dipertimbangkan semula.

“Janganlah tutup, banyak lagi rancangan-rancangan kenangan yang tersiar di TV6, terutamanya HMI.”

Seorang lagi penonton turut meluahkan rasa kecewa kerana TV6 sering menjadi pilihan keluarganya, terutama ketika musim Ramadan dan Syawal.

“Aduhhhh…. saya suka sangat channel TV6 ini kerana dapat tonton rancangan RTM dulu²…. Kena pula waktu Ramadhan dan Syawal, TV6 lah yang ulang tayang rancangan² puasa dan raya dulu²….. Saya harap ia dikekalkan di dalam aplikasi RTM Klik.”

Melihat kepada ruangan komen, jelas ramai yang menyifatkan TV6 mempunyai nilai sentimental tersendiri. Selain menghidangkan kandungan lama yang sukar ditemui di platform lain, saluran itu juga menjadi medium generasi muda mengenali program-program yang pernah mencipta fenomena pada era terdahulu.

Setakat ini, RTM hanya memaklumkan bahawa TV6 akan menamatkan siaran berkuat kuasa 1 Julai 2026, namun belum mengumumkan sama ada kandungan-kandungan nostalgia tersebut akan terus boleh diakses menerusi platform lain seperti RTM Klik.

Buat peminat setia TV6, penutupan saluran ini pastinya menandakan berakhirnya satu lagi era nostalgia televisyen tempatan yang cukup dekat di hati ramai.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

1

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |