
Bila pertama kali tengok tanda harga RM1,199, jujurnya MURAI pun tertanya-tanya, “Apa yang buat fon telinga ini begitu istimewa?”
Lagipun, sekarang banyak earbuds di pasaran dijual bawah RM500. Jadi, adakah Shokz OpenFit Pro benar-benar kena pada harganya?
Selepas menggunakannya dalam rutin harian, MURAI mula faham kenapa ia berada dalam kategori premium.
Rekaan terbuka (open-ear)
Perkara pertama yang paling ketara ialah tahap keselesaannya. Rekaan terbuka (open-ear) dengan cangkuk telinga daripada aloi nikel-titanium dan silikon Ultra-Soft 2.0 membuatkan ia terasa sangat ringan. MURAI pakai ketika bekerja, memandu dan berjalan hampir seharian tanpa rasa telinga sakit atau tertekan. Malah, ada ketika terlupa fon telinga ini masih dipakai.
Shokz SuperBoost, DirectPitch 3.0 serta sokongan Dolby Atmos
Kemudian, kualiti bunyinya juga bukan biasa-biasa. Pemacu audio bersaiz 11 × 20 mm dipadankan dengan teknologi Shokz SuperBoost, DirectPitch 3.0 serta sokongan Dolby Atmos menghasilkan audio yang jelas dengan bass yang cukup bertenaga. Menonton filem atau mendengar muzik terasa lebih hidup, terutama apabila fungsi audio spatial diaktifkan.
Satu lagi perkara yang membuatkan MURAI kagum ialah prestasi panggilannya. Walaupun berada di kafe yang bising atau berjalan di kawasan sibuk, sistem tiga mikrofon bersama algoritma Ear-Adaptive berjaya memastikan suara masih jelas didengari. Ini memang sesuai untuk mereka yang selalu menghadiri mesyuarat atau menjawab panggilan ketika bergerak.
MultiPoint Pairing
Dari aspek praktikal pula, fungsi MultiPoint Pairing membolehkan OpenFit Pro disambungkan kepada dua peranti serentak. Tidak perlu lagi putus sambungan apabila bertukar daripada komputer riba ke telefon pintar. Muzik juga akan dimainkan atau dijeda secara automatik apabila fon telinga dipakai atau ditanggalkan.
Bateri sehingga 12 jam bagi satu caj dan sehingga 50 jam bersama pod pengecas turut memberikan ketenangan kepada pengguna yang aktif. MURAI sendiri tidak perlu mengecasnya setiap hari.
Jadi, adakah RM1,199 itu mahal? Jawapannya bergantung kepada apa yang anda cari. Jika sekadar mahu mendengar muzik, mungkin ada pilihan yang lebih murah. Tetapi jika anda mahukan gabungan keselesaan sepanjang hari, binaan premium, audio berkualiti, panggilan yang jelas serta pelbagai ciri pintar dalam satu pakej, MURAI boleh nampak mengapa Shokz meletakkan OpenFit Pro pada harga tersebut.
Ringkasnya, anda bukan sekadar membayar untuk sebuah fon telinga, tetapi juga pengalaman penggunaan yang lebih premium setiap kali ia dipakai. Boleh semak harga di pautan ini.
The post [REVIEW] Sebelum Kata Mahal, Ini Sebab Shokz OpenFit Pro Berani Dijual Pada Harga RM1,199 appeared first on Murai MY.

8 hours ago
6











![[VIDEO] Keadaan Kesihatan Terkini Salman Khan Buat Peminat Bimbang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-9-1.webp)

























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)





![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)







