‘Repost’ Ruhainies Di Thread Undang Kecaman Netizen-“Dia Acah Mangsa Tapi…”

15 hours ago 8

Nama pelakon, Ruhainies menjadi bualan di media sosial disebabkan tindakannya yang menyiar semula (repost) hantaran salah seorang netizen di Thread, baru-baru ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menerusi Threads miliknya itu dilihat repost hantaran salah seorang netizen yang mengundang kecaman ramai kerana seolah-olah menyindir Bella Astillah yang sebelum ini perkahwinannya berakhir selepas bekas suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama Ruhainies di Pavilion Suites pada 9 Mac 2024.

“Kesian tengok yang seratus peratus percaya seseorang tu jauh lebih baik dari bekas suami dia.

Padahal 2 x 5 je lol ytjt.”-hantaran salah seorang pengguna Thread yang di-repost oleh Ruhainies

“Dia Acah Mangsa Tapi…”

Meskipun Ruhainies telah menarik semula repost tersebut, para netizen di Thread mengecam tindakannya yang seolah-olah sengaja menyindir Bella yang baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq pada Sabtu.

“Dia punya repost tu macam kena kat diri dia. Dia acah mangsa tapi sebaliknya dia yang membabikan diri dia sendiri.”

“Dia dah remove repost tu, takut dihencap netizen la tu.”

“Terbukti hati dia sakit lagi sebenarnya tu, dia tak sangka Bella akan sepopular ini. Tiba pulak dapat ahli politik yang bujang. Confirm dia tak sangka dia ingat Bella akan jadi macam sebelum-sebelum ni senyap dan tak ada siapa bagi job sebab dia bukan artis popular, dia cuma isteri penyanyi je time tu.”

“Bella bersahabat dengan niat ikhlas, tapi Ruhanat berniat jahat dalam diam tapi dia ingat sampai bila-bila pun Bella takkan tahu dan Allah buat dia lupa  dan tenggelam dalam kejahatan dia sampai Allah Taala tunjuk.”

Sekadar info, Bella dan Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024, selepas Aliff ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac 2024.

Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |