Ramai Tak Tahu! KLDEX Di Kuala Lumpur Ada Muzium, Teater Dan Sesi Merasa Durian

9 hours ago 6

Bagi penggemar durian atau pelancong yang ingin mengenali budaya Malaysia dengan cara yang berbeza, KLDEX boleh menjadi salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi.

KLDEX merupakan sebuah pusat pengalaman budaya yang mengangkat durian sebagai simbol warisan dan identiti tempatan yang terletak di MATIC, Lot 152, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, KLDEX merupakan sebuah pusat pengalaman budaya yang mengangkat durian sebagai simbol warisan dan identiti tempatan.

KLDEX menggabungkan elemen pendidikan, budaya, makanan dan hiburan dalam satu lokasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga serta rakan-rakan.

Mengenali Malaysia Melalui Durian

Gambar: Facebook @KLDEX

Di KLDEX, durian dijadikan titik permulaan untuk membawa pengunjung memahami kisah di sebalik buah yang cukup sinonim dengan Malaysia ini.

Setiap durian mempunyai cerita tersendiri yang berkait rapat dengan petani, keluarga, musim dan pengetahuan yang diwarisi turun-temurun. Melalui pelbagai pameran dan aktiviti yang disediakan, pengunjung berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang sejarah, jenis-jenis durian serta peranan buah tersebut dalam kehidupan masyarakat tempatan.

Terokai Muzium Budaya Durian

Salah satu tarikan utama di KLDEX ialah Durian Culture Museum. Ruang pameran ini membawa pengunjung menyelami pelbagai aspek berkaitan durian termasuk kawasan penanaman, varieti durian tempatan, keunikan rasa mengikut lokasi dan warisan keluarga yang terlibat dalam industri tersebut.

Pengalaman interaktif yang disediakan menjadikan sesi lawatan lebih menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Sertai Sesi Merasa Durian Bersama Pemandu

Bagi mereka yang ingin mengenali perbezaan antara setiap jenis durian, KLDEX turut memberi peluang untuk join sesi Guided Durian Tasting.

Dalam sesi ini, pengunjung akan dibimbing oleh hos terlatih untuk memahami aroma, tekstur, tahap kemanisan dan rasa yang terdapat pada setiap varieti durian. Pengunjung juga akan didedahkan kepada faktor yang mempengaruhi rasa durian termasuk kawasan penanaman dan keadaan tanah.

Aktiviti ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan durian mahupun peminat tegar yang ingin menambah pengetahuan.

Saksikan Persembahan Teater Budaya

Selain durian, KLDEX turut menampilkan KLDEX Theatre yang mempersembahkan kisah dan budaya Malaysia melalui persembahan langsung.

Gabungan elemen penceritaan, muzik dan emosi menjadikan persembahan ini salah satu pengalaman yang melengkapkan lawatan ke KLDEX. Teater ini diadakan beberapa kali setiap hari bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung menyaksikannya.

Nikmati Makanan dan Produk Berkaitan Durian

Gambar: Facebook @KLDEX

Selepas selesai meneroka ruang pameran, pengunjung boleh singgah ke Durian Cafe & F&B yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman.

Terdapat juga ruang runcit dan cenderamata yang menjual pelbagai produk berinspirasikan durian serta barangan tempatan yang sesuai dijadikan buah tangan.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan durian dari kebun ke meja makan, KLDEX turut memberikan pengalaman berkaitan konsep farm-to-table dan pelancongan dusun.

Sesuai Untuk Lawatan Berkumpulan

KLDEX turut membuka peluang kepada pelbagai kumpulan untuk mengadakan lawatan secara berkumpulan termasuk sekolah, universiti, syarikat, agensi pelancongan dan organisasi komuniti.

Program khas turut disediakan untuk lawatan pendidikan, aktiviti korporat, rombongan pelancong dan acara persendirian.

Maklumat Ringkas

Lokasi
MATIC, Lot 152, Jalan Ampang, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
10.30 pagi hingga 12.00 tengah malam

Harga Tiket
Bermula dari RM48

Waktu Persembahan Teater

  • 11.00 pagi
  • 2.00 petang
  • 3.30 petang
  • 5.00 petang

Tarikan Utama

  • Muzium Budaya Durian
  • Sesi merasa durian berpandu
  • Persembahan teater budaya Malaysia
  • Kafe dan makanan berasaskan durian
  • Kedai cenderamata
  • Pengalaman farm-to-table dan pelancongan dusun

KLDEX memberikan pengalaman yang sedikit berbeza daripada destinasi pelancongan biasa di Kuala Lumpur. Dengan menggabungkan budaya, pendidikan, makanan dan hiburan dalam satu lokasi, ia memberi peluang kepada pengunjung tempatan serta pelancong untuk mengenali Malaysia melalui salah satu ikon paling terkenal negara iaitu durian.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

1

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |