Gold3 Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik bertemakan kamera vintaj yang terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dikenali dengan konsep penginapan yang moden dan mampu milik, hotel ini menyediakan suasana yang selesa di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong.
Lokasi Strategik Di Tengah Bukit Bintang
Salah satu kelebihan utama Gold3 Boutique Hotel ialah lokasinya yang sangat strategik. Hotel ini terletak hanya beberapa langkah dari pusat beli-belah terkenal seperti Pavilion Kuala Lumpur, Fahrenheit88, Starhill Gallery dan Lot 10. Bagi pengunjung yang gemar membeli-belah, lokasi ini sememangnya memudahkan kerana semuanya boleh diakses dengan berjalan kaki.
Selain itu, Stesen Monorel Bukit Bintang juga hanya kira-kira tiga minit berjalan kaki dari hotel. Ini memudahkan tetamu untuk bergerak ke pelbagai lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur tanpa perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas.
Bagi pelancong yang ingin meneroka sekitar pusat bandar secara percuma, hentian bas GoKL turut terletak hanya beberapa meter dari hotel.
Konsep Unik Bertemakan Kamera Vintage
Berbeza dengan kebanyakan hotel lain, Gold3 Boutique Hotel mengetengahkan konsep bertemakan kamera dan fotografi.
Idea ini diinspirasikan daripada pengalaman peribadi pengasas hotel yang gemar mengembara tetapi mempunyai kekangan untuk memiliki kamera ketika muda.
Atas pengalaman tersebut, beliau mahu menyediakan sebuah hotel yang menawarkan penginapan selesa dan mampu milik sambil mengetengahkan elemen nostalgia menerusi koleksi kamera daripada pelbagai era. Di setiap sudut hotel, tetamu boleh melihat hiasan dan dekorasi bertemakan kamera klasik yang memberikan suasana unik dan berbeza.
Rekaan dalaman hotel pula menggabungkan elemen kayu, warna emas dan sentuhan vintaj bagi mewujudkan suasana moden tetapi tetap selesa.
Pilihan Bilik Untuk Pelbagai Keperluan
Gold3 Boutique Hotel menyediakan pelbagai jenis bilik yang sesuai untuk keperluan berbeza, sama ada untuk pengembara solo, pasangan, rakan-rakan mahupun keluarga.
Standard Queen Without Window (Bermula Dari RM168)
Gambar: Official Website @Gold3 Boutique HotelBilik ini sesuai untuk pasangan atau individu yang mencari penginapan yang ringkas dan selesa. Dilengkapi dengan satu katil bersaiz queen, bilik ini menawarkan suasana yang tenang tanpa tingkap. Walaupun bersaiz kompak, ia tetap dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen LED, Wi-Fi percuma, penghawa dingin dan bilik air persendirian.
Standard Queen With Window (Bermula Dari RM198)
Gambar: Official Website @Gold3 Boutique HotelBagi mereka yang lebih gemar bilik dengan pencahayaan semula jadi, pilihan ini lebih sesuai. Bilik ini dilengkapi dengan satu katil queen serta tingkap yang membolehkan cahaya masuk ke dalam bilik.
Double Decker(Bermula Dari RM158)
Gambar: Official Website @Gold3 Boutique HotelBilik ini direka khas untuk pengunjung yang datang bersama rakan atau mereka yang ingin merasai pengalaman penginapan yang berbeza. Ia dilengkapi dengan katil dua tingkat moden serta kemudahan seperti lampu membaca dan ruang untuk mengecas peranti elektronik.
Deluxe Double (Bermula Dari RM188)
Gambar: Official Website @Gold3 Boutique HotelDeluxe Double menawarkan ruang yang lebih selesa dengan satu katil queen bersaiz besar. Bilik ini dihiasi dengan pencahayaan yang nyaman serta dekorasi bertemakan kamera vintaj. Ia sesuai untuk pasangan yang mahukan penginapan yang lebih selesa dan santai.
Deluxe Twin Without Window (Bermula Dari RM188)
Gambar: Official Website @Gold3 Boutique HotelBilik ini dilengkapi dengan dua katil bujang berasingan dan sesuai untuk rakan-rakan atau ahli keluarga yang berkongsi bilik. Walaupun tidak mempunyai tingkap, bilik ini tetap menawarkan suasana selesa dengan kemudahan asas.
Deluxe Twin With Window (Bermula Dari RM218)
Gambar: Official Website @Gold3 Boutique HotelSama seperti versi tanpa tingkap, bilik ini juga menyediakan dua katil bujang tetapi dilengkapi dengan tingkap bagi pencahayaan semula jadi yang lebih baik. Ia sesuai untuk dua orang tetamu dengan harga bermula RM218 semalam.
Superior Triple (Bermula Dari RM288)
Gambar: Official Website @Gold3 Boutique HotelBagi keluarga kecil atau kumpulan tiga orang, Superior Triple merupakan pilihan ideal. Bilik ini dilengkapi dengan satu katil queen dan satu katil bujang. Ruang yang lebih luas memberikan keselesaan tambahan kepada tetamu.
Family Suite (Bermula Dari RM318)
Gambar: Official Website @Gold3 Boutique HotelFamily Suite ialah pilihan terbaik untuk keluarga atau kumpulan yang lebih besar. Dilengkapi dengan dua katil queen, bilik ini mampu memuatkan sehingga empat orang tetamu dalam satu masa. Dengan ruang lebih luas serta kemudahan lengkap, ia sesuai untuk percutian keluarga.
Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan
Walaupun menawarkan harga yang berpatutan, Gold3 Boutique Hotel tetap menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung.
Antaranya termasuk Wi-Fi percuma, televisyen skrin rata LED, penghawa dingin, peti keselamatan dalam bilik, cerek elektrik, pengering rambut, kemudahan menyeterika, pancuran mandi jenis rain shower serta perkhidmatan pelanggan dan keselamatan 24 jam. Dispenser air turut disediakan di aras dua untuk kegunaan tetamu.
Syurga Buat Pencinta Makanan
Kawasan sekitar hotel ini turut menawarkan pelbagai pilihan makanan menarik. Pengunjung boleh ke Lot 10 Hutong, Food Republic Pavilion atau Jalan Alor yang semuanya terletak dalam jarak berjalan kaki. Pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa boleh didapati dengan mudah di kawasan ini.
Dekat Dengan Pelbagai Tarikan Pelancongan
Antara tarikan popular yang mudah dikunjungi dari hotel ini termasuk Pavilion Kuala Lumpur, KLCC, Aquaria KLCC, Menara Kuala Lumpur, Petaling Street, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Taman Burung Kuala Lumpur, Muzium Negara dan Batu Caves. Kebanyakan lokasi ini boleh dicapai dalam masa sekitar 10 hingga 30 minit.
Gold3 Boutique Hotel sesuai untuk mereka yang ingin menikmati suasana Kuala Lumpur tanpa perlu berbelanja besar untuk penginapan. Gabungan lokasi strategik, konsep unik serta kemudahan lengkap menjadikannya pilihan praktikal untuk pelbagai jenis pelancong.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

11 hours ago
10





![[VIDEO] Agama Aryan Khan Jadi Teka-Teki Netizen India, Ini Jawapan Gauri Khan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-1-2.webp)






























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)







![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)




