Penyanyi lelaki Indonesia, Nadhif Basalamah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya diganggu oleh peminat lelaki.
Menerusi beberapa ciapannya di platform X, Nadhif mengakui gangguan tersebut telah memberikan trauma dan tekanan dalam kehidupannya.
Jelas tidak menghakimi mana-mana pihak, Nadhif memaklumkan bahawa tindakan tersebut dianggap telah melampaui batas dan telah membuatkan dirinya tidak selesa.
“Jumlah gangguan yang saya terima dalam talian di X dan TikTok tidak tertanggung. Kalau anda beritahu saya ini adalah harga menjadi seorang artis, saya rela berhenti.”
Dalam ciapan seterusnya, Nadhif menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana komuniti. Malah dia juga memaklumkan bahawa dirinya mempunyai sejumlah rakan daripada komuniti tersebut dan sangat menghormati mereka.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan komuniti ini, saya bukan anti (atau sekutu) tetapi saya mempunyai ramai rakan komuniti ini dan saya sangat menghormati mereka. Hakikat bahawa perkara ini terus berlaku menjadikannya lebih teruk.”
Nadhif juga berkongsi beberapa tangkapan layar yang mengandungi komen daripada peminat lelakinya, yang menunjukkan gangguan bersifat seksual terhadapnya.
Foto – @nadhifbasalamah (X)Walau bagaimanapun, Nadhif Basalamahberharap luahannya ini dapat membuat segelintir individu untuk berhenti menganggunya dan tidak melampaui batas.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

14 hours ago
5

![[REVIEW] Sebelum Kata Mahal, Ini Sebab Shokz OpenFit Pro Berani Dijual Pada Harga RM1,199](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/20260630_173028-scaled.webp)







![[VIDEO] Keadaan Kesihatan Terkini Salman Khan Buat Peminat Bimbang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-9-1.webp)

























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)





![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)







