Dulu ramai anggap dashcam sekadar aksesori tambahan dalam kereta. Tapi kini, rakaman kecil ini semakin diiktiraf sebagai antara bukti paling kuat dalam kes mahkamah melibatkan kemalangan dan jenayah jalan raya.
Peguam, M. Partiben menjelaskan kepada Malaysia Gazette, bahawa perkembangan teknologi telah mengubah cara pembuktian sesuatu kes, apabila rakaman video mampu menunjukkan kejadian sebenar tanpa dipengaruhi emosi atau ingatan manusia.
“Rakaman dashcam bukan lagi sekadar bahan sokongan.
Dalam banyak keadaan, ia menjadi bukti yang membantu pihak berkuasa membina semula kronologi kejadian dengan lebih tepat dan jelas.”- katanya
Peguam, M. Partiben1. Kuasa Merakam Kebenaran
Dashcam bertindak seperti saksi digital yang merakam kejadian secara langsung tanpa bias manusia. Ini membantu mahkamah melihat situasi sebenar yang berlaku di lokasi kejadian dengan lebih jelas dan tepat.
2. Kuasa Memburu Suspek
Dalam kes langgar lari, rakaman dashcam boleh merakam nombor pendaftaran kenderaan, wajah pemandu, masa kejadian dan arah pergerakan suspek.
“Melalui rakaman dashcam, nombor pendaftaran kenderaan, wajah pemandu, masa kejadian dan arah pergerakan boleh dikenal pasti dengan lebih pantas.”
Data ini membantu mempercepatkan siasatan serta usaha mengesan pelaku yang melarikan diri.
3. Kuasa Menjadi Saksi Utama
Dashcam kini semakin penting dalam kes buli jalan raya, ugutan, samun dan pelbagai kes jenayah lain apabila rakaman boleh dijadikan bukti terus di mahkamah.
Walaupun begitu, rakaman ini tetap bukan bukti tunggal yang menentukan keputusan kes kerana mahkamah akan menilai keseluruhan bukti termasuk saksi dan laporan forensik.
Murai rasa, dashcam hari ini bukan lagi sekadar alat tambahan, tetapi sudah menjadi “saksi bisu” yang boleh mengubah arah sesuatu kes.
Dalam dunia yang semakin kompleks di jalan raya, rakaman kecil ini kadang-kadang lebih jujur daripada seribu kata.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
Weary
Weary

13 hours ago
8











![[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-56.webp)



























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)





