Perintis kopi terkenal, Nespresso baru sahaja memperkenalkan Vertuo Creatista, sebuah mesin kopi dengan reka bentuk mewah dan berinovasi, yang kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
Nespresso Vertuo Creatista menggabungkan teknologi buih susu canggih, sistem bancuhan automatik satu sentuhan, serta kemasan keluli tahan karat bergaya yang melengkapi kediaman moden.
Dilengkapi Tongkat Wap Automatik Dengan 3 Tetapan Suhu & Tekstur Susu
Dengan gabungan gaya estetik dan reka bentuk intuitif, Nespresso Vertuo Creatista (RM3,999) memperkayakan rutin kopi harian anda. Ia mampu menyediakan sehingga lima saiz kopi, dan dilengkapi tongkat wap automatik dengan 3 tetapan suhu dan tekstur susu.
Menampilkan Teknologi Eksklusif Centrifusion™
Sama ada flat white, cappuccino, atau latte macchiato, setiap cawan menjadi kanvas ekspresi rasa anda. Nespresso Vertuo Creatista turut menampilkan teknologi eksklusif Centrifusion™ yang membaca kod bar pada kapsul untuk menyesuaikan sukatan dan parameter bancuhan secara automatik- menjamin hasil yang sempurna dalam setiap hidangan
Kolaborasi Bersama Barista Terkenal Malaysia
Bagi meraikan pelancaran ini, Nespresso berkolaborasi bersama Jason Loo, barista terkenal Malaysia dan Juara Barista Malaysia sebanyak empat kali, serta pakar kopi bertaraf antarabangsa.
Beliau mempersembahkan tiga resepi kopi susu kreatif yang menyerlahkan keupayaan Vertuo Creatista. Setiap ciptaan menggambarkan keharmonian antara rasa dantekstur, sambil membawa sentuhan tempatan kepada pengalaman kafe di rumah:
- The Velvet Mocha, menggunakan Bianco Piccolo (RM3.20 setiap kapsul), menghasilkan espresso lembut berperisa coklat dengan tekstur berkrim dan halus,sesuai untuk mereka yang menggemari sajian mewah dan seimbang.
- Gula Melaka Con Panna, menggunakan Il Caffè (RM2.80 setiap kapsul),menggabungkan kopi penuh berperisa dengan Gula Melaka tradisional dan dilengkapkan dengan krim putar—sentuhan tempatan yang mewah.
- Ice Dirty Matcha Latte, dicipta dengan Altissio (RM2.95 setiap kapsul), menyatukan rasa matcha yang kaya dan bold espresso untuk pengalaman yang menyegarkan, sesuai dinikmati pada petang yang hangat
Nespresso Vertuo Creatista boleh didapati secara dalam talian dan di butik Nespresso bermula dari 21 April 2025.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.