Berita baik buat pelajar di Perak! Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Uni Enrol kini membuka Program Biasiswa Potensi Anak Perak 2026, yang menawarkan biasiswa bernilai keseluruhan RM2 juta bagi membantu pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
Program yang dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YB Dato’ Khairudin Abu Hanipah, ini bertujuan memastikan pelajar berpotensi tidak tercicir daripada menyambung pengajian hanya kerana kekangan kewangan.
Melalui kerjasama ini, Uni Enrol dilantik sebagai rakan strategik rasmi untuk membantu pelajar sepanjang proses permohonan, pemilihan kursus sehingga penempatan ke universiti. Sebanyak 120 biasiswa ditawarkan, termasuk 20 biasiswa penuh manakala sehingga 100 lagi biasiswa sebanyak 50 peratus turut disediakan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YB Dato’ Khairudin Abu HanipahLebih menarik, penerima biasiswa berpeluang melanjutkan pengajian di 11 universiti rakan Uni Enrol, termasuk HELP University, IMU University, SEGi University & Colleges, Multimedia University (MMU), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Asia Pacific University (APU) dan beberapa institusi pengajian tinggi swasta terkemuka lain.
Walaupun memberi keutamaan kepada pelajar daripada keluarga B40, program ini turut terbuka kepada semua pelajar yang layak, termasuk mereka yang cemerlang dalam akademik, sukan atau mempunyai kisah kehidupan yang memerlukan sokongan.
Sehingga kini, lebih 800 permohonan telah diterima, dengan 30 finalis terbaik diumumkan sebelum proses temu duga dijalankan bagi menentukan penerima biasiswa.
Siapa Yang Layak Memohon?
- Menduduki peperiksaan SPM di sekolah di Perak
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
- Memenuhi syarat merit dan kelayakan yang ditetapkan
Program ini dijangka berlangsung selama tiga tahun sebagai usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak dan Uni Enrol untuk melahirkan lebih ramai graduan berkualiti, sekali gus membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada anak-anak Perak.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Uni Enrol Official, Facebook, Instagram and YouTube.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

13 hours ago
8



![[VIDEO] Agama Aryan Khan Jadi Teka-Teki Netizen India, Ini Jawapan Gauri Khan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-1-2.webp)
































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)










![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)

