Kalau memang dah lama berhajat nak tukar penghawa dingin atau peti sejuk di rumah, MURAI rasa ini peluang yang jangan dilepaskan. Melalui Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA), rakyat Malaysia yang layak boleh menikmati e-Rebat RM200 bagi setiap pembelian peralatan elektrik cekap tenaga. Lebih menarik, anda boleh menerima rebat sehingga RM400 mengikut syarat yang ditetapkan.
Macam Mana Nak Dapatkan Rebat?
Sebenarnya caranya cukup mudah.
1. Semak kelayakan terlebih dahulu
Pastikan anda merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai akaun elektrik domestik seperti TNB, SESB, SEB atau NUR Power. Anda juga perlu belum pernah membuat tuntutan di bawah Program NUR@PETRA sebelum ini.
2. Pilih peralatan yang layak
Rebat hanya diberikan untuk pembelian penghawa dingin atau peti sejuk yang mempunyai label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang.
3. Beli di kedai atau secara online
Anda boleh membuat pembelian melalui dua cara:
Di kedai berdaftar | Bawa kad pengenalan dan bil elektrik. Pihak kedai akan membantu membuat semakan dan permohonan. Jika layak, potongan RM200 akan terus ditolak semasa pembayaran.
Secara dalam talian | Beli melalui platform e-dagang yang mengambil bahagian seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop, PGMall atau Youbeli. Pilih penjual berdaftar dan gunakan baucar NUR ketika membuat pembayaran untuk menikmati diskaun secara automatik.
Jangan Tunggu Lama
MURAI nak ingatkan, program ini menggunakan konsep siapa cepat, dia dapat. Sebaik sahaja kuota habis, permohonan akan ditutup walaupun tempoh program masih belum berakhir. Jadi kalau memang ada perancangan nak beli peti sejuk atau aircond baharu, elok semak kelayakan dan buat pembelian secepat mungkin.
Selain dapat harga yang lebih murah, anda juga berpeluang menikmati penjimatan bil elektrik dalam jangka masa panjang kerana peralatan yang dibeli lebih cekap tenaga. Memang sekali jalan boleh berjimat dua kali.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

15 hours ago
5



![[REVIEW] Sebelum Kata Mahal, Ini Sebab Shokz OpenFit Pro Berani Dijual Pada Harga RM1,199](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/20260630_173028-scaled.webp)







![[VIDEO] Keadaan Kesihatan Terkini Salman Khan Buat Peminat Bimbang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-9-1.webp)

























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)





![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)







