Naik ‘Campervan’ Pusing Melbourne? Ini Real Trip Aussie! Pengalaman Sekali Seumur Hidup

2 days ago 18

Sekali lagi, MURAI diberi peluang oleh AirAsia untuk terbang ke bumi Australia, dan kali ini destinasi yang dituju adalah Melbourne. Tapi yang buat trip ni lain dari biasa — kami tak duduk hotel, tak sibuk dengan jadual padat dalam bandar. Sebaliknya, kami diberi peluang untuk meneroka Melbourne dengan cara yang lebih bebas dan menyeronokkan — naik campervan!

The Twelve Apostles

Perjalanan ini menjadi lebih menarik dengan kerjasama daripada Jucy World dan Star RV World. Dan yang tak boleh dilupakan, Great Ocean Road turut serta menjayakan percutian epik ini. Dari awal, semuanya terasa macam mimpi yang jadi kenyataan.

Campervan Selesa Macam Hotel Bergerak

Sebaik saja kami diperkenalkan dengan campervan kami, terus terasa teruja. Saiznya besar, cukup untuk memuatkan enam orang. Di dalamnya ada tiga ruang tidur, satu dapur kecil yang sangat comel, dan kabinet untuk simpan barang-barang keperluan. Apa yang buat kami kagum, dapur tu lengkap dengan segala perkakas seperti periuk, sudu, cawan dan pinggan. Selain itu, ada juga peti ais, oven dan microwave. Memang tak sangka dalam ‘kenderaan’ boleh rasa macam duduk dalam bilik hotel.

Campervan dari Star RV World
Campervan dari Star RV World

Sebelum mula perjalanan, kami diberi taklimat tentang cara mengendalikan campervan ni. Jujurnya, mula-mula memang nampak mencabar, rasa macam nak bawa lori sebab saiznya besar. Tapi lepas dapat tunjuk ajar dan dah cuba sendiri, rupanya tak sesusah yang disangka. Malah jadi makin seronok sebab rasa bebas nak bergerak ke mana saja.

Sebelum mula perjalanan, kami diberi taklimat tentang cara mengendalikan campervan ini

Menerokai Keindahan Great Ocean Road

Tepat jam sembilan pagi, kami memulakan perjalanan menyusuri Great Ocean Road. Suasana sepanjang jalan memang memukau. Lautan biru di kiri jalan, angin sejuk menyapa wajah dan bukit-bukit hijau jadi latar belakang yang sempurna. Kami sempat singgah di Australian National Surf Museum.

Torquay

Di situ kami belajar tentang sejarah budaya surfing di Australia, tengok koleksi papan luncur lama dan faham kenapa surfing begitu penting dalam gaya hidup masyarakat di sini.

Australian National Surf Museum
Australian National Surf Museum

Sepanjang jalan sebenarnya banyak tempat menarik yang kami nak singgah, macam Bells Beach, Teddy’s Lookout, Erskine Falls dan Marriners Lookout. Tapi masa agak terhad, jadi kami teruskan perjalanan supaya dapat sampai awal ke tapak perkhemahan kami di Marengo Family Caravan Park. Di situ, kami diberi satu lot khas untuk rehat dan parkir campervan. Rasa macam betul-betul ‘hidup nomad’ tapi dengan keselesaan maksimum.

Marengo Family Caravan Park

Jumpa Haiwan Comel di Wildlife Wonders

Sebelum malam menjelma, kami sempat ke Wildlife Wonders. Di sinilah kami bertemu dengan haiwan-haiwan yang tak pernah kami lihat di Malaysia. Ada potoroos, bandicoots, pademelons — semuanya comel dan unik. Suasana di sini sangat tenang, penuh kehijauan, dan pengalaman melihat haiwan dalam habitat semula jadi memang memberi ketenangan yang susah digambarkan.

Wildlife Wonders
Wildlife Wonders

Kayak di Lautan Dingin dan Helikopter di Udara

Hari kedua bermula dengan aktiviti air yang menyeronokkan. Kami bermain kayak di Apollo Bay Surf. Laut waktu tu tenang dan angin sepoi-sepoi, memang sesuai untuk aktiviti macam ni. Hampir sejam lebih kami terapung di atas air merasai ombak nakal, sambil sembang dan ketawa bersama. Memori yang pasti akan diingat lama.

Apollo Bay Surf

Lepas tu, kami terus ke Port Campbell untuk pengalaman yang sangat luar biasa — naik helikopter! Ya, helikopter! Dari udara, kami disajikan pemandangan menakjubkan Twelve Apostles. Deretan batu-batu tinggi di tengah laut dengan ombak menghempas perlahan di sekelilingnya — pemandangan tu terlalu cantik untuk digambarkan dengan kata-kata. Rasa macam tengok babak dalam filem Hollywood, tapi ini semua depan mata.

Malam Kedua di Port Campbell

Selesai aktiviti, kami segera ke tapak perkhemahan seterusnya di Port Campbell Recreation Reserve. Sama seperti malam sebelumnya, kami parkir campervan dan bersiap untuk bermalam. Langit pada malam tu dipenuhi bintang, dan angin sejuk menambahkan lagi suasana tenang yang kami semua dambakan selepas hari yang panjang.

Budaya dan Sejarah di Budj Bim

Hari ketiga membawa kami ke satu lokasi yang penuh sejarah dan budaya — Budj Bim Cultural Landscape. Di sinilah terletaknya Tae Rak atau Tasik Condah, yang terletak di barat daya Victoria. Di sini kami belajar tentang sistem akuakultur kuno yang diusahakan oleh masyarakat asli Gunditjmara.

Tasik Condah

Mereka ternak belut menggunakan teknik yang sangat sistematik, dan sistem ni dikatakan antara yang paling tua dan luas di dunia. Di Pusat Akuakultur Tae Rak, ada tangki khas untuk simpan belut dan juga kafe untuk pelawat. Tempat ni bukan sahaja menarik, tapi membuka mata tentang warisan budaya yang jarang kita dengar.

Bila Tak Jelajah Bandar, Tapi Dapat Ketenteraman Jiwa

Sepanjang trip ni, satu perkara yang paling kami hargai ialah kami tak pergi bandar langsung. Sebaliknya, kami habiskan masa di laluan pesisir pantai, ladang-ladang tenang, dan kawasan kampung yang penuh dengan keindahan semula jadi. Dengan campervan, kami bebas berhenti bila-bila masa nak ambil gambar, rehat atau sekadar nikmati pemandangan.

Pemanduan memang perlahan sebab campervan ni berat, tapi tak pernah rasa bosan. Setiap kilometer yang dilalui hadir dengan panorama baru. Laut membiru, langit membentang luas dan udara sejuk yang menyegarkan buat kami rasa hidup sepenuhnya.

Trip Campervan Paling Best di Melbourne!

Kalau ditanya apa yang paling kami ingat tentang trip ni, jawapannya: semuanya! Dari mula sampai habis, ia satu pengalaman yang terlalu berharga. Naik campervan sambil menyusuri Great Ocean Road bukan sekadar jalan-jalan, tapi satu bentuk pengembaraan yang bagi rasa tenang, seronok, dan penuh dengan kenangan manis.

Kalau korang tengah cari idea untuk percutian luar biasa, cuba la trip macam ni. Bawa geng, sewa campervan, pilih laluan cantik, dan nikmati hidup dengan cara yang lebih bebas. Percayalah, ia akan jadi salah satu memori terbaik dalam hidup korang.

Berminat untuk merasai pengalaman trip seperti ini?

👉 Book flight dengan AirAsiaX
👉 Sewa campervan dari Jucy World atau Star RV World
👉 Plan route bersama Great Ocean Road
👉 Enjoy dan cipta memori paling epik!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |