Malu Nak Pakai Baju Lengan Pendek, BTS Jungkook Ini Sebabnya…

7 hours ago 5

Bagi peminat kumpulan BTS, ARMY pasti tahu Jeon Jungkook sedang dalam proses untuk menukar tatu di bahagian lengannya. Dia telah memutuskan untuk mengalihkan beberapa reka bentuk tatu yang pernah dibuat secara impulsifnya dahulu dengan beberapa imej baharu yang lebih bermakna.

Di Instagram, artis tatu yang dikenali sebagai POLYC, berkongsi pengalamannya dalam membantu Jungkook dalam proses itu termasuklah cabaran dan sejauh mana kemajuan mereka telah dicapai.

Foto – @polyc_sj / X

Kongsi POLYC, proses penukaran tatu itu berlaku kerana Jungkook berasa insecure dan malu dengan penampilan lengannya yang bertatu. Ahli kumpulan BTS itu juga cenderung untuk menyembunyikan dengan baju lengan panjang atau solekan.

“Ketika kami mula-mula bertemu, dia (Jungkook) sedar mengenai tatunya malah dia berasa sangat malu untuk memakai baju lengan pendek ketika musim panas. Disebabkan itu, kami menghasilkan matlamat bersama yang kami namakan sebagai ‘Projek Lengan Pendek Musim Panas’.”

Menurutnya, keputusan Jungkook untuk membuat tatu dikatakan banyak dipengaruhi oleh keinginan remaja untuk mencuba perkara baharu, yang kemudiannya diakui sebagai tindakan impulsif. Tambah POLYC, proses untuk menutup tatu lama Jungkook bukanlah satu tugas yang mudah.

“Menghidupkan semula (reka bentuk) tatu sebelum ini bukanlah satu tugas yang mudah. Kerosakan asalnya jauh lebih teruk daripada yang dilihat dalam gambar, dan terdapat batasan besar dalam memilih reka bentuk sesuai untuk menutup tatu lama itu.”

Antara beberapa tatu yang dianggap impulsif seperti tatu bermata satu telah digantikan dengan reka bentuk yang lebih bermakna.

Setakat ini, kira-kira 70% proses menukar dan menutup tatu telah selesai sebelum Jungkook menyertai latihan ketenteraan sebelum ini. Tatu yang selebihnya, adakan diteruskan mengikut kekosongan masa dalam jadualnya.

Tertanya-tanya bagaimana rupa tatunya sekarang?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |