[VIDEO] Lisa Blackpink Jual Pakaian Sendiri Untuk Bantu Rakyat Gaza

10 hours ago 5

Peminat K-Pop, khususnya BLINKs di seluruh dunia, sekali lagi tersentuh dengan tindakan salah seorang anggota kumpulan popular BLACKPINK, Lisa. Bukan hanya berbakat di atas pentas, Lisa membuktikan dirinya juga memiliki hati yang besar apabila dilaporkan menjual koleksi pakaian peribadi miliknya demi membantu rakyat Gaza yang terkesan akibat konflik kemanusiaan yang berpanjangan.

Jualan itu dijalankan dalam masa sehari sahaja iaitu pada 29 Jun yang lalu di SPACE DOOR (2F, 25 Hannam-daero 27-gil, Yongsan-gu, Seoul).

Menerusi satu video yang tular di media sosial, Lisa dilihat mengadakan acara lelongan amal secara yang dihadiri rakan-rakan selebriti dan peminat. Pelbagai item fesyen miliknya termasuk jaket eksklusif, kasut edisi terhad dan aksesori telah dilelong dan hasil kutipan sepenuhnya disalurkan kepada badan bantuan antarabangsa yang beroperasi di Gaza.

Tindakan Lisa itu telah mendapat pujian ramai, bukan sahaja dalam kalangan peminat, malah dari netizen seluruh dunia. Ramai memuji keprihatinannya terhadap isu kemanusiaan walaupun berada jauh dari lokasi konflik. Seperti yang kita tahu, selebriti antarabangsa sudah pasti mempunyai banyak pakaian dan tindakan Lisa memilih untuk menjual secara lelong sambil menderma tidak akan merugikannya.

“Dia bukan Muslim, bukan orang Arab, tapi dia tunjuk lebih banyak rasa empati berbanding sesetengah pemimpin dunia,”

“Pasti dia mempunyai banyak sangat baju, baguslah akan memberi keuntungan buat pelbagai pihak.”

“Siapa yang tidak mahu memakai pakaian Lisa”?!”

Komen Netizen

“Lisa memang dari dulu jenis pemurah dan rendah hati. Semoga lebih ramai artis ikut jejak dia.”

“Walaupun sibuk dengan karier, dia tetap tak lupakan penderitaan orang lain. Salute!”

“Saya tak minat K-pop, tapi tindakan Lisa ni betul-betul buat saya hormat dia.”

“Artis lain patut contohi dia, bukan membazir dan membeli pakaian baru”

Difahamkan, ini bukan kali pertama Lisa terlibat dalam aktiviti kemanusiaan. Sebelum ini, beliau pernah menyumbang kepada projek pendidikan kanak-kanak di Thailand dan terlibat dalam kempen kesedaran kesihatan mental.

Langkah yang diambil Lisa ini secara tidak langsung menyuntik inspirasi kepada jutaan peminat untuk turut serta menyumbang dan menyebarkan mesej keamanan. Ia membuktikan bahawa suara selebriti boleh digunakan untuk tujuan yang lebih besar daripada sekadar hiburan, ia juga boleh menjadi platform untuk memperjuangkan nilai kemanusiaan sejagat.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |