Nama kumpulan 4U2C menjadi bualan ramai selepas komposer, Man Senoi dan isteri, Mama Rap yang sebelum ini mempersoalkan bagaimana 4U2C mahu membuat konsert jika 25 lagu dinyanyikan adalah hak milik syarikat mereka, Zman Production.
Konsert Tetap Akan Diteruskan
Tidak berdiam diri, Datuk AC Mizal serta ahli kumpulan 4U2C tampil memberi penjelasan dalam Sidang Media Tergempar yang diadakan pada Rabu di salah sebuah hotel di ibu kota, menjelaskan bahawa pihak mereka tidak pernah membelakangkan undang-undang muzik di Malaysia, malah telah mendapat permit daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) untuk mengadakan konsert.
“Acara ini telah mendapat permit. Konsert ini tetap akan diteruskan.
Menurut Akta Hak Cipta Malaysia melalui MACP, setiap lagu yang dipersembahkan dengan menggunakan muzik ‘live’, tidak perlu mendapat apa-apa persetujuan daripada pencipta lagu, kerana pihak pencipta lagu telah menyerahkan hak milik kepada MACP untuk diperdagangkan.”-kata AC Mizal di Sidang Media
Selain AC Mizal dan ahli kumpulan 4U2C, wakil penganjur, Juss Events Sdn Bhd iaitu Shasha Marican serta peguam yang mewakili mereka, Carlos Mak Chuen yang turut hadir di sidang media tersebut menyatakan bahawa pihak penganjur telah berjumpa dengan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) bagi mendapat nasihat mengenai isu yang dibangkitkan.
“Pihak pengurusan bersama wakil 4U2C telah berhubung dengan agensi-agensi wajib seperti MACP untuk mendapatkan penjelasan dan nasihat berhubung isu hak cipta lagu.
Kami bersyukur pertemuan tersebut berlangsung dengan baik dan panduan yang diberikan akan kami turuti pada konsert yang akan berlangsung nanti menepati undang-undang hak cipta lagu di Malaysia.”-ujar Shasha
Apa komen anda?