Pengarah terkenal, Michael Ang sebelum ini dilihat menegur tindakan pempengaruh terkenal, Cik Epal yang mengkritik bekas suaminya, Suhaimi Jofliam yang berkahwin semula dengan pekerja pizza perniagannya itu.
Kritik Cik Epal Beri Ucapan ‘Pedas’ Buat Jofliam?
Michael Ang, menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan pempengaruh media sosial tersebut sebagai ‘bitter’ kerana menitipkan ucapan ‘pedas’ buat perkahwinan kedua jofliam.
“Hey korang ada tengok tak kat TikTok ada satu janda asyik buat video pasal ex dia. Kutuk kaw kaw punya. And now ex wife wish dengan bitter sekali kat ex dia yang baru kahwin. Mulut dia yay rabbi aku pun angkat tangan mengaku kalah!
Seburuk-buruk perangai aku tak la aku panggil orang bibik kat bakal mak jugak kat anak-anak kau.”-kata” Michael Ang di Instagram
“Pastu Ingatkan Garing Sangat, Dah Beria Ulas..”
Tidak berdiam diri, Cik Epal menerusi Insta Stories, membidas kenyataan Michael dengan memintanya untuk berdiam diri dan memberikan fokus kepada mengarah drama berbanding mengulas hal orang lain.
“Untuk ‘pengarah tersohor’ diam je lah arah drama elok-elok lagi bagus dari menyemak ulas hal orang. Pastu ingatkan garing sangat, dah beria ulas pergi off comment pulek. Lemahh!.
At least saya cerita hal saya je. Tak ada pula saya menyalak sibuk mengulas kes orang lain.
Aii aku baru komen ciked dah off comment? PENGECUT!”-bidas Cik Epal
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.