Kecantikkan Ibu Izara Aishah, Raih Pujian Ramai!-“Macam Pelakon Bollywood”

1 day ago 10

Pasti semua mengenali pelakon wanita Malaysia yang cukup terkenal dengan kecantikkan dan keanggunannya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau lebih mesra disapa Izara Aishah. 

Izara Aishah kini aktif di media sosial miliknya terutamanya di instagram dan tiktok. Dia Sering membuat live di tiktok untuk menunjukkan cara-cara memakai tudung sambil menjual cardigan dan tudung jenamanya sendiri.

“MasyaAllah Bonda Cantik Sebiji Izara Aishah”-Netizen

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman media sosial instagram milik Izara Aishah yang peroleh perhatian ramai. Gambar tersebut kini meraih tanda suka sebanyak 12.8 ribu, sebanyak 83 komen dan sebanyak 306 perkongsian.

Di dalam gambar tersebut memaparkan ibu kepada Izara Aishah yang memakai busana berwarna biru dari jenamnya sendiri iaitu Izaraworld.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa ibu Izara Aishah kelihatan sangat cantik, awet muda dan persis pelakon Bollkywood iaitu Aishwarya Rai. Tambah mereka lagi, jika tidak mengenalinya pasti ramai menganggap ibu Izara Aishah adalah kakaknya kerana kelihatan sangat muda.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |