Tak dinafikan Jaya Bachchan sering menjadi tajuk utama kerana interaksinya yang agak tegas dengan rakan media. Videonya yang memarahi paparazi kerap menjadi viral, menjadikannya sebagai subjek meme dan perbincangan ramai orang.
Kini pengarang Hanif Zaveri telah mendedahkan sebab di sebalik Jaya yang sering melatah dan dianggap biadap, serta penjelasannya yang agak mengejutkan dan kelakar.

Dalam temu bualnya baru-baru ini. Hanif berkongsi bahawa sifat tegas Jaya dan kemarahannya yang kerap ‘meletup’ mungkin dipengaruhi oleh kehadiran Rekha dalam perkahwinannya.
“Dia (Jaya) menjadi seperti ini untuk menunjukkan dominasi atau kuasanya. Di suatu tempat dia nampak betul, di suatu tempat lain dia mungkin nampak salah.”

Seterusnya Hanif turut menjelaskan bahawa individu mempunyai sifat yang berbeza, dan perasaan yang boleh berubah. Bagaimanapun, dia percaya Jaya seorang yang berterus terang dan mempunyai hati yang baik.
“Ini adalah peribadi. Kadang-kadang sifat manusia untuk berkata sesuatu. Kadang-kadang mood baik, kadang-kadang buruk. Setakat yang saya fikir, Jaya ialah seorang wanita yang berhati bersih.”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.