[VIDEO] Gelagat Nora Danish & Fasha Sandha Beraya Bersama, Curi Perhatian Ramai!

8 hours ago 5

Siapa yang tidak mengenali pelakon hebat Malaysia ini, Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish. Selain menjadi seorang pelakon, Nora Danish juga merupakan seorang pengacara televisyen.

Nora Danish dikenali ramai selepas memegang watak di dalam drama bersiri “Puteri”. Anak kelahiran Terengganu itu telah menghiasi banyak drama dan filem di Malaysia, antaranya ialah Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Tentang Dhia, Ariana Mikhail dan banyak lagi.

Nora Danish dipuji bakat lakonannya ketika drama Tentang Dhia yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu bersama pelakon lelaki Adi Putra. Nora Danish juga dikenali ramai dengan wajah yang cantik dan tidak dimamah usia kerana sentiasa kelihatan muda dan bertenaga.

“Kita Yang Tengok Pun Rasa Bahagia, Alhamdulillah”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fashasandhaa0 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 923 ribu, tanda suka sebanyak 58 ribu dan sebanyak 301 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Nora Danish dan Fasha Sandha yang duduk semeja menyambut raya bersama.

@fashasandhaa0

Alhamdulillah🤲🏻 #fashasandha #noradanish #fyp #foryou #foryoupage #fypp

♬ Semoga Abadi – Misha Omar

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa gembira melihat kedua selebriti itu semakin baik dan bahagia bersama demi anak-anak mereka.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |