Gara-Gara Isu Ini, Manoj Kumar Saman Fitnah SRK & Minta Pampasan Lebih RM500 Juta

23 hours ago 7

Filem ‘Om Shanti Om’ terbitan Farah Khan, yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan (SRK) dan Deepika Padukone telah menjadi kontroversi selepas aktor veteran Manoj Kumar mengaku tersinggung dengan salah satu adegan filem itu.

Adegan tersebut memaparkan watak SRK sebagai Om Prakash Makhija yang memasuki tayangan perdana filem dengan mencuri pas aktor veteran itu. Polis kemudiannya gagal mengenali SRK kerana dia telah meniru isyarat siganture aktor veteran tersebut.

Foto – NDTV

Melihatkan adegan tersebut, Manoj meminta Farah mengeluarkan adegan itu daripada filem dan mereka bersetuju dengan permintaannya. Pada masa yang sama, SRK turut memohon maaf kerana mengguris perasaan Manoj.

“Saya serba salah. Jika dia terluka, saya minta maaf. Saya menelefonnya dan perkara pertama dia katakan kepada saya, “Itu bukan masalah besar”. Orang ramai membuat parodi. Saya sepatutnya berhati-hati dan menghubunginya lebih awal untuk memberitahu tentang adegan itu.”

Foto – Youtube

Tetapi episod itu tidak berakhir pada tahun 2007 dan muncul semula pada tahun 2013 apabila filem itu dikeluarkan semula di Jepun tanpa suntingan adegan itu.

Foto – India Today

Manoj yang tersinggung sekali lagi, mendapatkan bantuan undang-undang dan memfailkan saman terhadap SRK dan Eros International. Dia menuntut ganti rugi Rs 100 crore (RM 521,088,903.84) kerana mengeluarkan filem itu di Jepun tanpa menyunting adegan tersebut.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |