[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Payung Lagu Serumpun, Jadi Bualan Netizen!

1 day ago 8

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Bila Tokti Nyanyi Terus Ada Vibes Nazam Lebaran, Hehehe”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cikumi77 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 53 ribu dan sebanyak 1,240 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menyanyikan lagu raya yang menjadi trending di semua laman media sosial iaitu Serumpun nyanyi dari Mimi Fly.

@cikumi77

#CapCut #serumpun #sitinurhaliza

♬ original sound – cikumi77 – cikumi77

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa lagu tersebut kedengaran lembut dan mendayu apabila dinyanyikan oleh Biduanita Negara itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |