[VIDEO] Gelagat Bella Astillah Suruh Syed Saddiq Cakap Kelantan, Raih Perhatian Ramai!

1 day ago 9

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.

Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.

Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz. Kini dikatakan bahawa Bella Astillah sedang hangat bercinta dengan pempengaruh dan ahli politik iaitu Syed Saddiq.

“Malam Malam Gini Tersengih Aku Macam Orang Gila Tengok Video Ni, Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @iffasalim_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 599 ribu, tanda suka sebanyak 38 ribu dan sebanyak 1,622 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Bella Astillah yang menyakat Syed Saddiq untuk bercakap menggunakan loghat kelantan.

@iffasalim_

bila kau directly dapat vitamin BASS, rasa macam kat situ jugak nak lipat bumi 🤪 @Bella Astillah @Syed Saddiq #bellaastillah #syedsaddiq #BASS

♬ Sumpah Dan Cinta Matiku – NIDJI

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengataka bahawa jawapan Syed Saddiq membuatkan ramai yang tersenyum mendengarkannya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |