Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh membuat pendedahan mengenai Syuk Sahar yang mahu melafazkan cerai melalui wakil pejabat Agama Thailand, hari ini.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, turut memaparkan rekod perbualan Fara bersama wakil pejabat agama Thailand selepas Shuk hadir ke sana mahu melafazkan cerai.
“Alhamdulillah lega. Sekurangnya ada jawapan dari mulut jantan ni. Whatever it is, i still wanted to settle it in Malaysia.
Aku nak pengesahan dari Malaysia tanah tumpah airnya ku. Takut dengan tanggungjawab ye saudagar temasek?.”-dedah Fara Salleh di Instagram
“Nak Call Lafaz Cerai Pun Guna Wakil..”
Dalam pada itu, Fara turut mempersoalkan tindakan Shuk yang disifatkan sebagai lelaki pengecut kerana tidak melafazkan cerai di dalam Malaysia. Tambah Fara, talak akan jatuh terhadapnya selepas bersalin tidak lama lagi.
“Dasar pengecut Shuk Sahar. Hahaha takut ke nak cerai kat Malaysia? Takut aku tuntut nafkah selama ni yang culas ke? Takut nak bagi nafkat kat anak sah kau ni ke? Anyway, talak akan jatuh selepas aku bersalin.
Nafkah dah lah culas. Well aku tetap akan proceed kat Malaysia sebab aku nak pengesahan jugak kat Malaysia. Ada la tu yang menghasut suruh ceraikan kat sana.
Nak call lafaz cerai pun guna wakil. Takut ke nak berdepan dengan Fara Salleh? Takut nak tengok muka anak ke nanti? Ke takut nak tanggung anak ramai?-“tulis Fara lagi
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.