[VIDEO] Gelagat Khairul Aming Nyanyi Lagu Kpop, Cetus Perhatian Ramai!-“Wow Dia Masih Ingat Lirik”

1 day ago 9

Khairulaming atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming yang merupakan seorang pempengaruh dan ahli perniagaan Malaysia.

Beliau juga dikenali dengan kandungan masakan bertemakan “30 hari, 30 resepi”, sebuah rancangan video tahunan yang diterbitkannya pada 2018 di mana beliau akan menyiarkan 30 jenis idea resipi sepanjang bulan Ramadan.

Pada 27 Ogos 2023, beliau telah dinobatkan sebagai Pencipta Kandungan Tahun Ini dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023. Khairulaming juga merupakan seorang ahli perniagaan. Beliau mula mengusahakan penjualan sambal di bawah jenama “Sambal Nyet” sejak 2021 serta jumlah jualan sambalnya pada 2021 adalah mencecah 540,000 botol, atau sebanyak RM7.5 juta manakala pada 2022, jualan dipeolehi ialah sebanyak RM14 juta.

Pada 2022, beliau telah memenangi anugerah Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik dari syarikat e-perdaganganShopee.

“Weh Legend Ni, Warga Emas Je Yang Hafal Lagu Ni Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @khairulamingfans_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 211 ribu, tanda suka sebanyak 23 ribu dan sebanyak 623 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Khairul Aming yang menyanyikan satu rangkap lagu korean yang pernah popular suatu ketika dahulu.

@khairulamingfans_

Jangan pandang @Khairulaming @khairulamingtoo sebelah mata 💁🏻‍♂️

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak menyangka Khairul Aming pernah meminati lagu kpop suatu ketika dahulu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |