Jurusolek Kongsi Momen Terserempak Azar Azmi- “Dia Cerita Kenapa Dia Hilangkan Diri..”

1 day ago 9

Nama pelakon, Azar Azmi sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dikatakan ‘menghilang’ dari radar industri hiburan sejak Mei tahun 2022, malah rakan selebriti yang mendakwa turut gagal menjejaki atau menghubunginya.

Walaubaimanapun, seorang jurusolek (MUA) tempatan yang dikenali sebagai Elle Rahman menerusi hantaran di TikTok berkongsi rasa sebak apabila terserempak dengan Azar Azmi ketika bercuti.

“Masa saya on vacation, tengah kopi-kopi kat swimming pool. Ada manusia peluk dari belakang. Ehh sape ni, lama nak cam dia. Menjerit i rupanya Azar Azmi.

Lamanya dia hilang, kami pegang tangan bersama, menceritakan kisah hidup masing-masing. Dia cerita kenapa dia hilangkan diri.

Hampir kiteorang nangis. Thanks Azar you ceritakan semua kat i. You percayakan i, adoi rindunya. Kat KL tak jumpa, jauhnya kita terjun. Kita sahabat selamanya.”-kongsi Elle Rahman di TikTok

“Dia Bagi Contact Number & Pesan…”

Tambahnya lagi, dia turut mendedahkan bahawa dia mempunyai nombor telefon milik Azar. Malah, turut mendapat ‘pesanan’ untuk tidak memberikan nombor telefon tersebut kepada orang lain.

“Dia bagi contact number dan pesan jangan bagi nombor dia kat sesiapa. Ok babe..Promise!.”-kapsyen Elle Rahman

“Jangan Risau, Dia Sihat…”

Dalam ada itu, jurusolek ini turut menyatakan keadaan Azar yang berada dalam keadaan sihat serta meminta peminat Azar untuk tidak merasa bimbang dengan keadaannya.

“Azar meluahkan apa yang terjadi selama ‘dia’ menghilangkan diri. Buat peminat-peminat Azar Azmi, jangan risau, dia sihat.

Pasal gosip-gosip tentang dia, semua tak betul. Azar Azmi, thanks for being my friend, tunggu time yang sesuai kiteorang nak lepak, tempat dimana dan time. Terpaksa rahsia atas permintaan dia.”-tambahnya lagi

Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat panas Azar Azmi, apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |