Masuk Tandas OKU Tapi Nampak CCTV, Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak Selesa

16 hours ago 8

Siapa pun pasti nak rasa selesa apabila menggunakan tandas awam, lebih-lebih lagi tandas OKU yang digunakan oleh golongan memerlukan bantuan. Namun, satu perkongsian di Threads baru-baru ini mencetuskan kebimbangan apabila seorang pengguna meluahkan rasa kurang selesa selepas ternampak sebuah kamera CCTV ketika berada di dalam tandas OKU di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah utara.

Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak Selesa

Masuk Tandas OKU Tapi Nampak CCTV, Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak Selesa

Menurut pengguna itu, walaupun kamera berkenaan dipercayai menghala ke kawasan luar, kedudukannya yang jelas kelihatan melalui ruang terbuka di bahagian atas dinding tandas membuatkan dia berasa tidak tenang.

“Automatik Rasa Risau”

Katanya, situasi itu berlaku ketika dia membantu isterinya menggunakan tandas OKU. Walaupun menyedari sudut rakaman kamera mungkin tidak menghala ke dalam tandas, kewujudan kamera yang boleh dilihat dari dalam tetap menimbulkan rasa bimbang.

Baginya, isu sebenar bukanlah sama ada kamera itu merakam atau tidak, tetapi persepsi terhadap privasi pengguna yang seolah-olah terganggu. Dia berharap pihak pengurusan R&R dapat menutup terus ruang terbuka di bahagian atas dinding bagi mengelakkan salah faham serta memberi ketenangan kepada orang ramai.

Masuk Tandas OKU Tapi Nampak CCTV, Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak SelesaMasuk Tandas OKU Tapi Nampak CCTV, Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak Selesa

Privasi Jangan Dipandang Remeh

Pada pendapat Murai, pemasangan CCTV memang penting demi keselamatan, tetapi aspek privasi juga tidak boleh diketepikan. Kalau sesuatu kemudahan boleh membuatkan pengguna rasa overthinking walaupun sekejap, itu petanda ada ruang yang boleh diperbaiki. Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Masuk Tandas OKU Tapi Nampak CCTV, Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak Selesa

Semoga pihak berkaitan dapat meneliti perkara ini agar pengguna, terutama golongan OKU dan penjaga mereka, dapat menggunakan kemudahan awam dengan lebih yakin dan selesa.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

4

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |